Nyaris terjatuh dalam lubang benam Masjid India, insiden tanah jerlus asbab Kalidath terima hidayah & peluk Islam

Iklan
Foto yang tular di laman sosial manakala kanan adalah rakaman CCTV yang menunjukkan lelaki itu terselamat.

LELAKI nyaris menjadi mangsa lubang benam (sinkhole) berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu menerima hidayah dan memeluk Islam.

Iklan
Iklan

Lelaki berusia 48 tahun itu hadir secara sukarela dengan ditemani dua kenalannya untuk menjadi saksi pengislamannya yang berlangsung di IOA Centre, Masjid Negara kira-kira 11 pagi, Isnin lalu.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, lelaki berkenaan menyifatkan insiden berkenaan mempunyai hikmah tersendiri yang membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.

Iklan

Kata Ahmad Fahmi, lelaki berkenaan datang sendiri kepada ABIM di Masjid Negara untuk menyatakan hasratnya berhijrah.

Katanya, daripada maklumat diterima, lelaki itu sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam kerana sentiasa mengingati pesanan seorang imam yang ditemuinya semasa kecil iaitu jangan makan makanan haram dan tidak bersih serta tidak bercakap buruk tentang agama Islam.

Iklan



Hanya daripada kenyataan itu, baharulah pihak pihak ABIM menyedari lelaki mualaf itu salah seorang individu yang berada di lokasi kejadian itu.

Terdahulu, tular di laman sosial pengislaman lelaki India bernama Kalidass atau nama Islamnya, Haridath yang nyaris menjadi mangsa lubang benam di ibu negara.

Kejadian berkenaan meragut nyawa wanita warga India, Vijayaletchumy, 48 yang berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh. Pencarian mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter itu sudah memasuki hari ketujuh namun operasi mencari dan menyelamat pihak berkuasa masih giat dijalankan termasuk di loji Indah Water Konsortium (IWK), Pantai Dalam.

Untuk makluman, semasa sesi tinjauan ke loji IWK Pantai Dalam, Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan lokasi tersebut merupakan titik akhir bagi operasi pencarian mangsa.

Sumber: Harian Metro