Perang bendera dengan lebih 500 jalur gemilang dikibar, sepakat hias lorong perumahan bukti penyatuan komuniti Elmina Green Three sempena merdeka

Iklan

'Muafakat membawa berkat'

Demikian peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 67 tahun di Elmina Green Three (EG3).

Iklan
Iklan

Kemeriahan menyambut hari bersejarah itu dapat dilihat menerusi 'perang bendera’ Jalur Gemilang di setiap lorong perumahan berkenaan.

Pengerusi Elmina Green Three, Mohd Fahmi Abdul Hamid berkata, pertandingan itu pertama kali diadakan selepas dua tahun mereka berpindah di perumahan baharu itu.

Iklan

Tanpa mengira bangsa dan agama, penduduk EG3 berganding bahu untuk menghiasi lorong perumahan masing-masing dengan bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Iklan

Menurut Fahmi, sebanyak 400 buah rumah telah melibatkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut serta membelanjakan duit sendiri yang dikumpul bersama penduduk lorong masing-masing.

"Dianggarkan lebih 500 bendera telah digunakan dan dipasang setiap lorong.

"Kerjasama yang tak pernah diduga, penglibatan dari jiran-jiran antara lorong merancakkan lagi pertandingan ini menjadikan kutipan yang dibuat melebihi apa yang dijangkan.

Bukan itu sahaja, Ketua Program, Muhammad Rasyaik Murad berkata pihaknya turut menyediakan beberapa pertandingan lain yang boleh disertai oleh semua peringkat umur bagi mengimarahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Antaranya pertandingan pakaian beragam merdeka, pertandingan melukis, pertandingan video Tiktok serta sukaneka yang akan berlangsung pada 31 Ogos nanti.

Menyedari akan kepentingan hidup bermasyarakat dan bersatu padu, penduduk turut berganding bahu menghiasi kediaman mereka walaupun pada lewat malam.

"Komuniti ini membuat gerak kerja pada hujung minggu terutama minggu terakhir sebelum merdeka. Ada yang membuat kerja pemasangan bendera sehingga lewat malam.

Muhammad Rasyaik yang juga penduduk di EG3 berharap program seperti ini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada masyarakat sekitar dalam membentuk sebuah komuniti yang kuat, harmoni dan bersatu-padu.