'Tahniah Arjuna!' 9A UPKK kini Mumtaz PSRA, Fedtri Yahya syukur kejayaan anak kedua

Iklan

PENGACARA dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna mencatat kejayaan Mumtaz.

Lebih manis, kejayaan itu menyusul selepas anaknya meraih keputusan 9A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 yang diumumkan pada Februari lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Fedtri berkongsi momen anak lelakinya menerima keputusan berkenaan di sekolah.

"Semoga segala impian abang tercapai … lagi berapa bulan nak masuk Tingkatan Satu. Moga yang manis-manis semuanya ," titipnya.

Iklan

Dalam masa sama, pengacara program Jejak Rasul itu tidak melupakan jasa insan yang turut memainkan peranan penting dalam perjalanan pendidikan anaknya.

Iklan

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan pendidik di Cahaya Taqwa yang sentiasa membimbing dan menyantuni usaha Arjuna sehingga berjaya mencapai keputusan membanggakan.

Menariknya, di sebalik pencapaian membanggakan itu, Fedtri turut menyelitkan gurauan bersahaja mengenai ganjaran makanan kegemaran anaknya.

"Nanti mama daddy belanja kuih apam," tulisnya mencuit hati.

Untuk rekod, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail pada Mei 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.