ANDA mungkin sudah biasa dengan asid hyaluronik atau Vitamin C sebagai bahan utama dalam penjagaan kulit. Pun begitu, pernahkah anda cuba menerapkan Salmon DNA?
Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi jenama kosmetik dan penjagaan kulit tempatan Malaysia, JardinPeau baru-baru ini melancarkan produk SkinFix Pro - Grandeur Radiance Fixative Powder.
Iklan
Iklan
Sejak penubuhannya pada Julai 2021, JardinPeau komited untuk menguasai seni penyelesaian derma-teknologi anti-penuaan semula jadi melalui penggunaan Salmon DNA.
Selaku jenama pertama seumpamanya yang mempelopori produk hibrid penjagaan kulit-kosmetik, JardinPeau baru-baru ini dinobatkan sebagai Jenama Terbaik 2024 oleh The BrandLaureate SME. Misi terpenting bagi label berkenan adalah Salmon DNA, ramuan utama yang diformulasi dalam kesemua produk mereka termasuk SkinFix Pro - Grandeur Radiance Fixative Powder.
Ia bukan sekadar produk kecantikan biasa, malah turut mengandungi bahan semula jadi yang hebat seperti Minyak Camellia, Vitamin C (IP-VC), dan Black BeeOme dengan manfaat seperti penghidratan mendalam, peremajaan, pencerahan, dan perlindungan terhadap pencemaran.
Iklan
Sesuai untuk cuaca Malaysia, bedak itu memberikan liputan sempurna selain membantu membuatkan kulit kelihatan lebih matte, menjadikan wajah anda nampak lebih segar dan berseri.
Selain itu, produk berkenaan turut direka untuk semua jenis dan tona kulit, bagi memastikan wajah yang sempurna dan sihat. Ia sesuai untuk pelbagai gaya hidup baik daripada peminat kecantikan, individu profesional yang sibuk, hingga kepada remaja dan mereka yang baru berjinak -jinak dengan produk kosmetik.
Iklan
Malah, ia juga selamat digunakan oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu.