Ibu kecewa anak dilibas siak masjid dengan getah paip sampai berbirat, sebagai amaran elak berbuat bising

Iklan

KECEWA dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.

Iklan
Iklan

Manakan tidak, menerusi hantaran di Facebook, ibu Risalizah Manaf sempat berkongsi foto menunjukkan bahagian pinggang anaknya berbekas dilibas dengan salur getah.

Kongsi Risalizah, insiden itu berlaku ketika anaknya yang pertama kali menjejakkan kaki ke masjid di kawasan Gombak, Kuala Lumpur.

Iklan

"Pertama kali (anak) solat Jumaat situ, tetapi dapat pengalaman tak best pulak. Tak pasal-pasal kena libas dengan siak sewaktu rakaat pertama," katanya.

Rupa-rupanya perkara itu dipercayai menjadi kebiasaan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.Ujar ibu berkenaan, lelaki dianggarkan berusia 45 tahun sering bertindak sedemikian bagi mengelak kanak-kanak yang berada di masjid berbuat bising.

Iklan

Gambar hiasan.

"Tak sangka pula yang kena libas hari itu anak saya," titip Risalizah.

Selain itu, ibu berkenaan turut berkongsi kebiasaan anaknya akan menunaikan solat Jumaat di masjid lain. Namun ketika cuti sekolah, si bapa beliau memilih untuk membawanya ke masjid berkenaan.

"Selalunya Abinya bawak solat jumaat kat Masjid tempat Abi dia keje atau kat Masjid Batu 12 dekat sebelah sekolahnya.

"Tetapi minggu lepas dia cuti sekolah, Abinya bawa solat ke masjid itu," kongsinya.

Gambar hiasan.

Bagaimanapun, apabila mereka menunjukkan kesan birat itu kepada imam masjid, Risalizah diarahkan untuk membuat laporan polis.

"Sebab katanya ini bukan pertama kali orang mengadu anak kena libas macam itu.

"Tetapi tiada seorang pun buat laporan. Alang-alang suami saya ini kawan imam di situ, apa lagi kena paksalah buat laporan ke balai," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bimbang perkara sedemikian berlaku kepada anak kecil mereka.

"Mungkin banyak lagi siak itu kena belajar bab ni. Cara dia itu buat anak-anak trauma nak pergi masjid.

Gambar hiasan.

"Cara membuat teguran dengan kekerasan beginilah punca budak-budak takut untuk ke surau dan tidak mahu lagi ke masjid. Sebenarnya apabila mereka sudah bersekolah, mereka akan faham jika ditegur baik-baik. Tegurlah dengan berhemah supaya mereka terus mengimarahkan masjid dan surau."

"Bolehkah libas anak orang begitu. Marah sahajalah jika mereka buat bising, jangan sentuh badan mereka."

"Dalam rumah ALLAH buat begini. Peringatan begini buat kanak-kanak trauma. Berkesankah kekasaran supaya budak-budak jaga perangai?"

"Rasulullah SAW pun santuni kanak-kanak. Orang dewasa tunjukkanlah contoh yang baik."

"Harap ambil tindakan supaya. Memalukan orang Islam."

Difahamkan, laporan polis sudah dibuat, namun, Risalizah dan suami menarik semula kes tersebut. Siak berkenaan dimaklumkan sudah meminta maaf ketika bertemu di balai polis.

"Afnan (anaknya) tak sampai hati, nangis-nangis sampai keluar air mata. Saya pun sejenis tak sampai hati.

"Kes sudah ditarik balik," katanya.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: Risalizah Manaf, Majoriti