"BARU hantar lima hari sebab cuti isteri hampir habis."
Demilkian luah bapa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, susulan pemergian anak tersayang, Muhammad Al Fateh Fikry Amri, lapan bulan, yang baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.
Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati Mohd Fikry dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39, apabila zuriat yang ditunggu selama 13 tahun maut di taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam keadaan menyayat hati pada pagi Jumaat.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Mohd Fikry yang ditemui di Unit Forensik Alor Gajah kecewa dan terkejut dengan tindakan pengasuh didakwa menyumbat botol susu dan menekup muka dengan bantal hingga dipercayai mengakibatkan kematian si kecil itu.
Berikut adalah ringkas kejadian menyayat hati yang dikongsi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga:
1-Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku dalam sekitar 8 pagi selepas bayi itu dihantar isteri.
2-Pada pagi itu, Mohd Fikri melihat Muhammad Al Fateh menerusi video dan mengatakan bayinya itu dalam keadaan sihat.
3-Namun hanya beberapa jam kemudian pada 9 pagi, beliau menerima panggilan telefin dan dimaklumkan kejadian menimpa anaknya.
4-Dimaklumkan, keadaan Muhammad Al Fateh ketika itu sudah biru selain darah keluar dari mulut apabila isterinya, Sabrina tiba di taska.
5-Isterinya kemudian terus bergegas membawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak taska meminta dibawa ke klinik kesihatan.
6-Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi mereka disahkan sudah tiada.
7-Lebih memilukan, anaknya itu baru lima hari dihantar ke taska berkenaan memandangkan si ibu akan mula berkerja tidak lama lagi selepas kira-kira setahun cuti tanpa gaji.
8-Ujar Mohd Fikri, beliau sendiri menyaksikan rakaman kamera litar tertutup bersama polis dan mendapati pengasuh membedung bayinya, menyumbat botol susu, menutup dengan kain dan menekup muka dengan bantal.
"Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak dan selepas lima hari dihantar ke taska, tidak sangka pula hal ini berlaku.
"Saya harap benda ini dapat diambil tindakan supaya tidak berlaku pada anak yang lain," katanya,"- Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim.
9-Pasangan berkenaan difahamkan menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) memandangkan Mohd Fikri berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
10-Ujar Mohd Fikri, beliau sangat sedih kehilangan si kecil dan pilu memikirkan isteri yang terpaksa membawa sendiri bayi ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru.
11-Mengulas lanjut, beliau mengakui boleh menerima sekiranya kematian anaknya disebabkan tersedak susu kerana kejadian seperti itu berlaku di luar jangkaan. Namun kesal sebaliknya yang berlaku.
Terdahulu, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak.
Difahamkan mayat anak tunggal berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro