'Happy birthday Kak Ngah. ' Nurin Jazlin genap 25 tahun, ucapan bapa & adik runtun hati warganet, berikut kronologi pembunuhan kejam

Iklan

SIAPA pun pasti tidak dapat melupakan kematian tragis kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin 16 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pantas masa berlalu, jika masih ada, Nurin mungkin menyambut ulang tahun ke-25 tahun semalam, 11 September. Biarpun berbelas masa berlalu, kasih sayang keluarga terhadap kanak-kanak comel itu tidak pernah luput daripada ingatan.

Biarpun sosok kanak-kanak itu sudah tiada, anak kedua dalam keluarga itu menerima ucapan hari lahir daripada bapanya, Jazimin Abdul Jalil yang dikongsikan menerusi laman akaun sosial Facebook dan TikTok.

Iklan

Dalam hantaran tersebut, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun berserta kapsyen ’11 September 1999, Al-Fatihah’.

Iklan

Sementara itu, adik kepada arwah yang dikenali sebagai Nurin Jazlisa turut menitipkan ucapan hari lahir buat kakak tersayang. Jasliza menerusi hantarannya dan keluarga tidak putus mendoakan arwah dan kenangan bersama.

"11 September genap umur Kak Ngah (Nurin Jazlin) 25 tahun.

Dalam pada itu, Jazlisa menerusi perkongsian di laman sosial TikTok memohon kiriman doa buat arwah.

"Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat Kak Ngah," coretnya.

PEMBUNUHAN NURIN JAZLIN: 28 HARI HILANG, MAYAT DITEMUI DALAM BEG SUKAN

Imbas kembali tragedi yang berlaku pada tahun 20 Ogos 2007, kanak-kanak malang itu dibunuh kejam selepas dilaporkan hilang setelah ke keluar membeli ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju seorang diri.

Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.

Namun takdir menentukan segalanya. Anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada tiga adik beradik ketika itu ditemui dalam keadaan menyayat hati pada 17 September iaitu 28 hari selepas dilaporkan hilang.

Pemilik kedai menemui sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Beg itu mengandungi badan kanak-kanak tanpa seurat benang dan dibiarkan dalam keadaan bogel.

Pada mulanya, mayat kanak-kanak yang tidak dikenali itu yang disumbat dalam beg berkenaan dan polis percaya bahawa kanak-kanak itu telah mati lebih daripada enam jam sebelum penemuan berkenaan.

Lebih menyayat hati, timun dan terung ditemui di dalam alat sulit kanak-kanak itu yang juga punca rektumnya pecah.

Hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.

Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.

Pada mulanya mayat kanak-kanak itu dianggap warga asing kerana tidak mempunyai parut suntikan Bacillus Calmette–Guerin (BCG).

Bagaimanapun, hasil daripada ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akhirnya mengesahkan mayat itu merupakan Nurin Jazlin.

Jenazah kanak-kanak itu kemudian dituntut oleh keluarganya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur pada 21 September selepas solat Jumaat.

Sinar Harian dalam artikel pada 2023 berkongsi temu bual bersama bapa Nurin, Jazimin yang terus mencari keadilan buat anak kesayangannya itu.

Harapan beliau, berbekalkan kemajuan teknologi yang lebih canggih ketika ini apa sahaja bukti diperoleh ketika tahun 2007 lalu dapat diuji semula termasuk cap jari dan ujian DNA boleh diaplikasikan termasuk pada bukti yang ada pada beg yang digunakan untuk meletakkan mayat Nurin.

Sumber; TikTok 1, 2, Sinar Harian