Fattah Amin terkejut & sedih, tahu permohonan cerai Fazura di laman sosial. ‘Tiada wanita lain dalam hidup saya'

Iklan

PERMOHONAN cerai pelakon Fazura baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan peminat seni tanah air, bahkan juga suaminya sendiri, Fattah Amin.

Fattah dalam satu temu ramahnya dengan portal berita tempatan memaklumkan beliau terkejut kerana hanya mengetahui isterinya berbuat demikian melalui media sosial.

Iklan
Iklan

Pelakon Mat Kilau itu juga memberi penjelasan tentang dakwaan sesetengah pihak tentang kecurangannya hingga Nur Fazura bertindak memfailkan penceraian.

"Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

Iklan

"Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

"Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura)," katanya.

Iklan

Juara Hero Remaja 2011/2012 itu berharap orang luar mendoakan yang terbaik dan isu pergolakan rumah tangganya dapat diselesaikan dengan tenang.

"Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

"Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian," katanya.

Terdahulu, dakwaan kecurangan Fattah bersama penata gaya tudung hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.

Susulan itu, Instagram pemilik nama Abdul Fattah bin Mohd Amin itu menjadi tumpuan warga maya.

Menguatkan lagi perkara itu, pengawal peribadi aktres itu turut mendedahkan ada orang ketiga yang menjadi pencetus konflik itu.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam menerusi peguamnya.

Untuk rekod, pasangan berkenaan sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Harian Metro