PENGEDAR sah BYD di Malaysia, Sime Darby Motors secara rasminya menampilkan dua varian terbaharu, BYD ATTO 3 2024 dan BYD SEAL Dynamic untuk pasaran lokal.
Model BYD ATTO 3 2024 versi facelift itu ditawarkan pada harga bermula RM149,800 manakala BYD SEAL Dynamic dijual bermula RM163,800.
Jenama itu dalam laman web rasmi memberitahu, varian yang dinaik taraf tersebut menterjemahkan kesungguhan BYD terhadap inovasi dan kualiti tiada tandingan.
Berikut spesifikasi BYD ATTO 3 2024 versi facelift:
• Tampil dengan lapan pembesar suara tambahan dan sistem penapisan udara PM2.5.
• Pencahayaan ambien pada pemegang pintu dengan pelbagai warna mengikut irama.
• Skrin sentuh yang dipertingkatkan kepada 15.6 inci dan kapasiti pek bateri 60.48kWj untuk jarak hingga 480 kilometer (km) dengan daya pecutan hingga 100kmj dalam 7.3 saat.
Video yang berdurasi satu minit itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai. Bahkan, ada yang meminta wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu.
Berikut antara lain keunikan BYD SEAL Dynamic:
• Sistem bunyi dengan 12 pembesar suara Dynaudio dan sistem penapisan termaju PM2.5.
• Kapasiti bateri litium iron prosphate (LFP) blade berkapasiti 61.44kWj dengan jarak hingga 510km mengikut kitaran NEDC.
• Kuasa output maksimum 201 kuasa kuda dan tork maksimum 310Nm, selain memecut hingga 100kmj pada 7.5 saat.
• Sokongan pengecasan pantas hingga 110kW dengan fungsi vehicle-to-road (V2L).
Untuk informasi lanjut, layari https://byd.simedarbymotors.my/.