EV paling comel dan versatil! Dongfeng Box E2 dan E3 lengkap ciri keselamatan terbaik

Iklan

REKAAN paling comel dan versatil! Kenderaan berkuasa elektrik terbaharu, Dongfeng Box E2 dan E3 bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.

Pengedar utama, Central Auto Distributors yang merupakan anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) itu mengumumkan pengenalan kenderaan segmen B hatchback tersebut baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Selain dikuasakan dengan motor elektrik tunggal (95ps dan tork 160Nm) dengan pacuan roda hadapan, ia mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 140 kilometer perjam (km/j).

Berikut antara lain ciri Dongfeng Box E2 dan E3:

Iklan

• Model pertama dibina menggunakan platform Dongfeng Quantum Architecture S3 dengan bateri lithium iron phosphate 31.45kWh.

Video yang berdurasi satu minit itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai. Bahkan, ada yang meminta wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu.

Iklan

• E2 menawarkan jarak pemanduan 330km manakala E3 direkodkan jarak 430km dengan satu pengecasan bateri penuh 42.3KWh.

• Tampil versatil dengan rekaan melengkung untuk ciri aerodinamik lebih baik.

• Lengkap dengan pendingin hawa automatik, cermin pandang belakang tanpa bingkai, sistem kamera 360 darjah, 32 pilihan lampu suasana dan enam pembesar suara.

• E3 didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik seperti brek kecemasan autonomi, kawalan pelayaran adaptif, bantuan mengekalkan laluan, bantuan parkir dan dua beg keselamatan.

Layari http://www.dongfeng-global.com/vehicleModel/box.