KES membabitkan pemandu bas sekolah dikenali sebagai Abang Bas baru-baru ini menggemparkan negara.
Dalam perkembangan terbaharu, kakak kepada lelaki itu dilihat memuat naik video memaparkan anak saudaranya tertanya-tanya perubahan rutin apabila kehilangan sosok bapa saudaranya yang saban hari mengambil dan menghantarnya ke sekolah.
Menerusi TikTok @mommysaa, pemuda berusia 24 tahun itu kini tidak lagi melakukan kebiasaan tersebut susulan isu berkenaan sehingga mengakibatkan dia ditahan reman awal bulan ini.
Menurutnya, beliau seolah-olah dapat mengagak soalan yang diajukan anaknya memandangkan pemandu lain yang mengambil dan menghantar si kecil itu ke sekolah dan bukan Abang Bas yang dipanggil ‘poksu’.
"Kenapa Poksu tak ambil Caca? Bertakung air mata ibu,” ujarnya.
Susulan kerap diaju soalan yang sama berulang kami, Kakak Abang Bas yang sebak dan mempersoal sampai bila beliau terpaksa menipu anaknya dan memberitahu bahawa pemuda terbabit sudah tidak dapat menjemputnya di sekolah selepas kes tular tersebut.
@mommysaa dalam masa yang sama sayu kerana si kecil Caca sejak bayi lagi sudah menumpang kasih sayang Abang Bas memandangkan suaminya berada di luar kawasan atas tuntutan kerja.
"Kenapa tak boleh ambil? Sampai bila ibu nak menipu. Sejak dari bayi pakcik-pakcik jadi tempat Caca menumpang kasih sebab ayah dia kerja jauh,” luahnya.
Terdahulu, keluarga Abang Bas telah berjaya membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 di Mahkamah Muar selepas pemuda terbabit ditahan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.
Proses membayar ikat jamin berkenaan dilakukan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar secara probono selepas lebih seminggu ditahan di pusat tahanan sementara berikutan tidak mampu menjelaskan bayaran dikenakan terhadapnya.
Sumber: TikTok