PERKONGSIAN Noor Hasnita Rosli, 32 tentang suaminya, Mohamad Azhar, 33, menjadi tular. Siapa sangka lelaki yang dikahwini itu rupanya seorang autistik.
Menerusi akaun TikTok, @hasnitakaktot, beliau berkongsi pengalamannya berkahwin dengan lelaki autistik dan kesedaran kepada umum mengenai autisme dewasa.
Segalanya bermula apabila merpati dua sejoli itu dipertemukan pada tahun 2014.
Karakter pendiam dan introvert Mohamad Azhar ternyata menambat hati Hasnita untuk mengenali dengan lebih dekat.
Apatah lagi selepas mengikuti tulisan-tulisan lelaki itu di media sosial, rasa ingin mengenali usahawan perkhidmatan pemasangan penghawa dingin itu membibitkan rasa cinta.
Pada awal perkenalan, Hasnita sudah menyaksikan beberapa perkara yang tidak normal pada Mohamad Azhar. Namun, wanita itu tidak terfikir suaminya autisme.
Pada pertemuan pertama, katanya poket seluar lelaki itu semua terkeluar manakala ketika memandu sensorinya seolah tidak dapat mengesan kereta telah bergesel dengan kenderaan lain.
"Suami pun tak pernah cerita mengenai masalah kesihatannya dan saya tak fikir apa kerana nampak dia normal cuma pemalu serta macam introvert" ujarnya menerusi TikTok.
Namun siapa sangka, selepas berkahwin tahun 2016, tujuh tahun kemudian baharu lelaki itu rupanya autistik pada usia dewasa.
"Tapi selepas kahwin dan tinggal serumah, saya jadi pelik kerana suami macam tak tahu nak buat apa bila diminta dan nampak saya lebih dominan.
"Dalam enam tahun (perkahwinan) saya boleh bertahan lagi tapi masuk tahun ketujuh, saya dapat rasakan ada sesuatu tak kena selepas tahu dia ada blog dan setiap hari menulis tetapi bukan macam orang normal.
"Selepas bincang dengan suami, dia setuju untuk ke hospital dan di situ doktor sahkan suami autisme," katanya.
Tujuh tahun melayari bahtera, wanita itu tabah dan bertahan. Namun usahanya mendapatkan diagnosis tercetus selepas membaca penulisan sang suami.
"Dalam enam tahun (perkahwinan) saya boleh bertahan lagi tapi masuk tahun ketujuh, saya dapat rasakan ada sesuatu tak kena selepas tahu dia ada blog dan setiap hari menulis tetapi bukan macam orang normal.
"Selepas bincang dengan suami, dia setuju untuk ke hospital dan di situ doktor sahkan suami autisme," katanya.
Hasnita meluahkan berasa tenang selepas mengetahui Mohamad Azhar disahkan autistik kerana banyak kebaikan yang diperolehi.
"Saya tenang apabila mengetahui sebenarnya suami saya begini (autisme).
"Kini suami mengambil ubat antidepresen dan dengan ubat itu dia menjadi sangat tenang dan teratur.
"Malah dia boleh fokus, memahami perkara yang sebelum ini tidak difahami. Selepas diagnosis banyak perubahan yang berlaku. Kita sangat seronok, kurang bergaduh dan tiada lagi yang makan hati,
Ternyata jodoh terbaik itu saling melengkapi dan menjadikan pasangan lebih baik.
Malah Mohamad Azhar juga mengakui beliau berjaya mengatasi beberapa kekangan hidup. Beliau yang janggal berkawan, pendiam dan lebih cenderung menulis akhirnya menemui jawapan.
"Selama ini saya fikir diri tidak berguna kerana tidak dapat menjalani kehidupan secara normal.
"Selepas diagnosis secara automatik logik jadi berubah dan tersedar rupanya memang ada masalah.
Menyedari lelaki dicintainya itu perlukan sokongan dan bantuan, Hasnita mula melatih suaminya salah satunya dengan bertutur di hadapan kamera.
Malah ia juga titik tolak hantaran berbentuk video mereka berdua di laman sosial TikTok.
"Itu permulaan di TikTok dan lama kelamaan, timbul keinginan kongsi mengenai keadaan suami kerana nak tahu adakah saya seorang berdepan ujian itu dan daripada situ, baru saya tahu ramai di luar sana macam saya.
"Alhamdulillah, ramai doakan... kecaman pun ada tapi tak banyak dan kini saya nampak perubahan suami apabila keadaannya sudah bertambah baik.
"Sebagai isteri, saya tak berani nak janji tapi minta suami jangan sia-siakan apa saya usahakan untuknya," katanya.
Aktif berkongsi kandungan tentang kesedaran autisme dewasa dan maklumat berkaitan, hantaran Hasnita terus tular.
Warga maya mendoakan pasangan itu terus berbahagia ke akhir hayat.
"Tenang sebab dapat jawapan. Kemudian berdamai dengan takdir dan fokus untuk selesaikan masalah masalah yang mendatang. Moga kalian berbahagia."
"Comelnya kalian berdua, isteri yang penyabar."
"Suami saya pun autisme. Selepas kahwin 10 tahun baharu tahu. Perkahwinan diatur keluarga. Saya bersyukur sangat Tuhan jodohkan kami bersama. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan."
Sumber: TikTok, Harian Metro