14 tahun PJJ akhirnya sebumbung, bapa Al Fateh pindah ke Melaka. 'Boleh mommy daddy lawat kubur tiap hari'

Iklan

KES penganiayaan bayi, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka hingga membawa kepada kematiannya pada 6 September lalu menyayat hati.

Anak sulung yang dinanti selama 13 tahun oleh pegawai tentera, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang bertugas sebagai guru itu maut dipercayai diperlakukan kejam oleh pengasuh.

Iklan
Iklan

Genap 20 hari pemergian anak, Mohd Fikry dalam hantaran Facebook berkongsi telah menerima pertukaran penempatan di negeri kelahirannya, Melaka.

Menerusi Facebook miliknya, Fikry yang bertugas dalam lapangan kejuruteraan Kementerian Pertahanan Malaysia menzahirkan rasa syukur selepas 14 tahun, penantian telah berakhir.

Iklan

Luahnya lagi, pemergian Al-Fateh menjadi penyebab utama untuk beliau tekad berpindah ke pangkuan isterinya setelah sekian lama berjauhan.

Iklan

"Pemergian Al Fateh menjadi asbab untuk saya kembali ke Melaka. Semoga dipermudahkan urusan saya di tempat baru. Dapat daddy dan mommy melawat kubur Al Fateh setiap hari. Insya-ALLAH..”

"Terima kasih kepada semua yg mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Semoga ALLAH membalas jasa kalian dengan rezeki berlipat ganda, aamiin,” kongsinya.

Terdahulu, Mohd Fikry mendedahkan akan memastikan semua pihak bertanggungjawab di atas kematian anaknya dipercayai dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuh taska di Kelemak, Alor Gajah.

Mohd Fikry memaklumkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang dan dalam masa yang sama mahu pemergian Muhammad Al Fateh menerima pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Sumber: Facebook