Kesat muka sebelum beredar, anak mangsa tragedi tanah jerlus datang bawa bunga untuk ibu

Iklan

PEJAM celik,  sudah lebih sebulan tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India yang meragut nyawa seorang pelancong dari India, G Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang dan sehingga kini masih belum dijumpai.

PEJAM celik, sudah lebih sebulan tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India yang meragut nyawa seorang pelancong dari India, G Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang dan sehingga kini masih belum dijumpai.

Anak mangsa, M.Suria dilihat berada di lokasi kejadian dengan membawa seplastik bunga dan melemparkannya ke lokasi tersebut baru-baru ini sebagai tanda memperingati mendiang ibunya.

Video yang diambil pada 22 September lalu itu memperlihatkan raut wajah pemuda yang berumur 25 tahun itu berada dalam keadaan sugul sebelum beredar sambil mengesat mukanya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi Tiktok, sarvaessrashbinrajappa itu telah meraih pelbagai komen daripada warganet termasuklah rakyat Malaysia.

Rata-rata menzahirkan ucapan takziah kepada anak mangsa tanah jerlus itu dan berharap agar mereka sekeluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Sekadar info, pada 23 Ogos 2024, kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India sehingga menyebabkan seorang wanita warganegara India hilang susulan jatuh ke dalam lubang besar yang terbentuk.

Selepas 9 hari proses mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, pihak berkuasa memaklumkan pencarian terpaksa dihentikan kerana pelbagai risiko terutamanya buat para anggota penyelamat.