Penantian 18 tahun berakhir deraian air mata, pertemuan semula pemuda dan bekas pengasuh runtun hati warganet

Iklan

AKRAB hubungan pembantu rumah dan seorang pemuda meruntun hati ramai. Masakan tidak, 18 tahun Muhammad Najmi Shafik, 26 diasuh dan dijaga, kasih sayang dicurahkan berbekas di hati membuatkan beliau mencari semula sosok wanita yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat, Indonesia itu.

Iklan
Iklan

Asbab terlampau sedih dengan perpisahan pada 2006 selepas pengasuh sejak bayi pulang ke negara asal atas urusan keluarga, Najmi terus berazam mengumpul wang untuk mencari bekas pembantu, Bibi Sofiyah yang mesra disapa Bibik itu.

Iklan

"Ketika itu umur saya lapan tahun, sejak itulah saya berazam kumpul duit untuk mencari bibiknya itu.

"Selepas Bibik balik, kami terputus hubungan. Namun alhamdulillah pada suatu hari, sepupu bibik menghubungi kami dan maklumkan tempat tinggalnya," katanya.

Iklan

Setelah hampir dua dekad, pertemuan tersebut bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

Ujarnya, beliau sekeluarga mengatur pertemuan berkenaan ketika secara kebetulan menghadiri majlis perkahwinan saudara di Indonesia.

"Mama ayah yang tolong jawab. Terus Bibik bangun peluk diri ini. Saya hanya mampu menahan je air mata sebab ramai orang di kafe itu. Tidak terungkap kata-kata kerana rasa sebak.

"Masa tidak menyebelahi kita Bik, tahu-tahu dah kena balik. Terlalu banyak perkara yang saya hendak ceritakan. Kalau boleh, dari malam Bibik balik ke Indonesia sampailah saya bersara. Setiap kali saya tengok pembantu orang lain, pasti saya akan ingat Bibik dan makin semangat nak mencarinya.

"Terima kasih kerana menjaga kami adik beradik dengan baik.

"Satu hari nanti saya datang lagi ya Bik," titip Najmi pada video yang meraih 1.6 juta tontonan.

Perkongsian Najmi itu mengundang sebak warga maya. Wata-rata memahami kerinduan yang dirasai pemuda itu dan mendoakan agar hubungan antara mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ujar mereka:

"Bibik please bertahan lagi untuk Najmi. Ya ALLAH panjangkan usia Bibik."

"Sebaknya. Dia yang jumpa Bibik aku yang sedih."

"Dibelek-beleknya tangan Najmi, mungkin tak sangka anak yang dijaga sudah besar."

"Tengok awak senyum dari awal tanpa cakap apa, I know deep in your heart memang speechless dan sebak kan? Moga Bibik dan Najmi sihat selalu dan dapat jumpa lagi in future."

Sumber: TikTok