KASIH ibu membawa hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Demi anak, ibu dan bapa sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melihat permata hati mereka gembira di hadapan mata.
Begitu juga dengan kisah seorang bapa yang sanggup mengusung tangki oksigen demi menghadiri majlis konvokesyen anak sulungnya baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, Jasni Mohd Noor, 52, pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang menghidap penyakit kanser kelenjar air liur atau Adenoid Cystic Carcinoma sejak setahun lalu sangugp membawa bersama tangki oksigen demi menyaksikan anak sulungnya, Jamima Saffieya menerima Diploma Seni Bina di Majlis Konvokesyen Kali Ke-31 di Politeknik Port Dickson.
"Bagi saya yang penting adalah mahu melihat wajah gembira anak sulung saya dan turut ditemani isteri, Jamilah Abbas, 51, juga pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta dua anak lelaki,” katanya.
'Saya mahu melihat wajah gembira anak sulung.' Pengorbanan bapa usung tangki oksigen hadir konvokesyen runtun hati
Iklan