'Naik bas 6 jam, bawa banyak barang. Ia adalah idea ayah.' Rafida dedah punca guna guni isi barang daftar universiti

Iklan

BARU-baru ini tular kisah remaja perempuan, Rafida Zaiddin meruntun hati ramai. Tindakannya menggunakan guni bagi mengisi barang keperluan asrama membuatkan ramai menitiskan air mata.

Memetik laporan portal berita tempatan, anak kelahiran Kampung Sim-Sim, Sandakan, Sabah itu mendedahkan mempunyai alasan tersendiri menggunakan karung guni.

Iklan
Iklan

Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu juga mendedahkan perjalanan jauh dan faktor tidak mahu kehilangan barangan menyebabkan beliau menggunakan karung tersebut.

"Saya naik bas dari Sandakan selama enam jam, banyak barang yang perlu dibawa.

Iklan

"Jadi saya masukkan separuh barang itu ke dalam guni. Jika diasingkan, saya risau barang tercicir," katanya.

Anak bongsu dari dua beradik itu juga mengaku dimaklumkan oleh pihak UMS hanya dua bagasi saja dibenarkan untuk pendaftaran masuk ke asrama.

Rafida turut menerima hadiah bagasi daripada orang ramai.

Iklan

"Idea menggunakan guni ini adalah dari bapa saya. Saya tidak terfikir (perkara ini) menjadi tular.

"Apabila tular, ada seorang senior datang ke bilik saya dan bertanya berkenaan guni saya gunakan.

"Mulanya saya terfikir jika saya terbawa barang orang lain tapi mereka kata bukan seperti itu," katanya.

Dalam pada itu, gadis berusia 19 tahun itu menerima panggilan video baru-baru ini daripada Fadhlina dan menteri wanita itu dan mendedahkan Fadlina sempat bertanya sekiranya duit perbelanjaannya cukup atau tidak.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan menerima wang daripada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek walaupun sudah menjelaskan duit miliknya masih cukup.

"Saya katakan padanya duit saya mencukupi. Selepas beberapa minit, beliau menghantar duit kepada saya (secara pemindahan dalam talian)," katanya.

Susulan tular di laman sosial, Rafida juga mendedahkan telah ditemui pihak tertentu yang bertanya jika ada memohon biasiswa.

Artikel berkaitan:

'Semoga peroleh segulung ijazah.' Abdul Rahman hilang 6 sekeluarga dalam kemalangan kini bergelar siswa buat netizen sebak

Sebak! Pemuda tak pernah sampai Pulau Pinang, beg pula tertukar di stesen bas. Kecekalan sambung belajar runtun hati warganet

"Ada satu pihak yang tidak memperkenalkan diri tetapi bertanya jika saya ada memohon mana-mana biasiswa.

"Saya cakap ada seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Saya juga dapat Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara 'one-off'.

"Katanya, nanti akan diuruskan (permohonan biasiswa) untuk dipercepatkan," ujar Rafida.

Terdahulu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor sudah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS bagi membantu membantu penuntut terbabit dan yang kurang berkemampuan.

Menurut Kasim, universiti itu akan memastikan penuntut yang memerlukan bantuan dari segi keperluan peribadi atau sokongan moral diberikan perhatian yang sewajarnya.

Sumber: Harian Metro