'Sakit macam mana pun sabar. Ibu kena dengan satu Malaysia.' Kieda kongsi luahan anak sulung dibuli, ini reaksi warganet!

Iklan

PERSONALITI media sosial yang juga usahawan pencuci mulut, Siti Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali Kieda Crepe berkongsi luahan pilu susulan anak sulungnya dipercayai dibuli di sekolah.

Kieda mendakwa ibu bapa kepada pelajar berkenaan masih lagi menuding jari terhadap anaknya sehingga kini.

Iklan
Iklan

Biarpun dipersalahkan, Kieda mendedahkan, anaknya tabah dan kuat seperti dirinya yang sering menjadi mangsa di media sosial.

"Terima kasih sebab try hard ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu yang angkat tangan mengaku buat anak kami.

Iklan

"Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat.

"Hal yang terburuk akan menjadi yang terbaik untuk kami,”katanya.

Iklan

Menurut Kieda, susulan masalah itu anaknya kini ditempatkan di kelas baharu.

Dalam hantaran di TikTok, influencer berusia 26 tahun itu sempat menasihati anak lelakinya agar bersabar dan tidak membalas kembali perbuatan siapa pun yang mengganggunya.

"Hari ini mula masuk ke kelas baru, kalau ada kawan-kawan yang ambil barang atau mengejek..jangan pukul mereka.

"Sakit macam mana pun sabar. Ibu kena dengan satu Malaysia, jadi ibu tahu abang boleh bersabar. Biar orang ejek kita..tapi abang adalah anak yang baik,”nasihatnya lagi.

Warganet turut meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar kejadian tersebut tidak berulang pada masa hadapan.

"Allah sebaknya. Hati seorg ibu jaa yang faham."

"Too much! Sampai anak diusik."

"Janganlah ganngu mental budak."

"Moga tak berlaku lagi pada masa depan. Kesian anak Kieda."