Awalnya pandang serong, wanita ini terkejut 'housekeeper' hotel buka cerita hidap HIV akibat picagari ketika kemas bilik.

Iklan

APABILA dapat tahu orang yang sedang berhadapan dengan kita itu seorang yang menghidap HIV, automatik rasa takut dan  berjaga-jaga. Ini kerana stigma yang selalu dimomokkan supaya tidak mendekati individu tersebut khuatir turut sama dijangkiti.

APABILA dapat tahu orang yang sedang berhadapan dengan kita itu seorang yang menghidap HIV, automatik rasa takut dan berjaga-jaga. Ini kerana stigma yang selalu dimomokkan supaya tidak mendekati individu tersebut khuatir turut sama dijangkiti.

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita di aplikasi Threads, @ejafami sebelum itu pernah berkhidmat di sebuah agensi kerajaan berceritakan pengalamannya menguruskan kebajikan seorang pesakit HIV.

"Dulu ketika saya bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan, saya mempunyai pandangan serong dan rasa takut nak berjumpa pesakit HIV secara fizikal.

"Saya mengaku pemikiran saya bodoh masa tu. Mana tidaknya, saya selalu baca mengenai penyakit HIV atau AIDS semua daripada gaya hidup tak sihat dan liar jadi apabila nak berhadapan (timbul) perasaan seram lah sikit.

"Saya pun hubungi pesakit nak ‘set’ berjumpa tapi dia tak nak dan minta saya temubual melalui panggilan telefon saja," tulisnya.

Ketika menghubungi pesakit tersebut, Eja kemudiannya cuba untuk ‘mengorek’ rahsia daripada pesakitnya yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur berkenaan bagaimana dirinya boleh dijangkiti HIV.

Alangkah terkejutnya Eja apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh bekas ‘housekeeper’ tersebut yang mana mengakui dirinya mendapat penyakit tersebut akibat tercucuk jarum picagari ketika mengutip sisa kotoran di hotel.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Masa itu saya tanya, ‘Cik tahu dapat daripada mana penyakit HIV ini?’. Kata pesakit itu, dia dapat secara tidak sengaja.

"Masa itu saya tanya apa maksud dia. Rupanya dia sebelum ini tukang cuci dekat hotel di Kuala Lumpur.

"Tahu tak macam mana dia dapat HIV? Masa dia kemas kutip sisa kotoran di hotel, jari dia tercucuk dengan jarum picagari.

"Picagari itu milik penginap sebelum ni yang sudah ‘check out’. Pesta apa entah si penginap hotel tu anjurkan.

"Disebabkan kecuaian penginap, dia sudah merisikokan nyawa ‘housekeeper’ yang tak ada kena mengena," tambahnya.



Setelah mendengar cerita sebenar dari wanita berusia 38 tahun itu, Eja tergamam sekali gus berasa kecewa dengan dirinya yang sebelum ini memberikan tanggapan buruk terhadap pesakit HIV.

"Ya, pembantu hotel ini dapat HIV bukan sebab diri sendiri atau gaya hidup tapi akibat kemalangan di tempat kerja.

"Masa itu saya terdiam, terduduk dengar. Waktu dalam perjalanan balik ke rumah, saya menangis dan terngiang-ngiang dengar cerita kakak tersebut.

"Apa lah salah kakak pembantu hotel, sampai macam ini nasib dia. Saya rasa bersalah dekat diri sendiri sebab ‘judge’ dia terlalu awal dan pandang serong.

"Wanita itu tak bersalah. Pengalaman dekat tempat kerja lama ini banyak mengajar saya realiti dalam kehidupan bermasyarakat ini," jelasnya.

Pengajaran cerita, jangan mudah menilai seseorang dengan apa yang kita tahu dan nampak. Mungkin ada kisah yang tidak diduga sebaliknya.