Dakwa anak depresi, jauhi keluarga, Halim Othman bimbang keadaan Myra Natasya. 'Tolong beri ruang dan doa'

Iklan
Halim Othman bimbang keadaan Myra Natasha

SEDIH mendengar kisah pelakon, Myra Natasya yang kini sedang mengalami kemelut dengan bapanya, Halim Othman.

Mengumumkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf, pengacara berusia 29 tahun itu mendedahkan tindakan Halim merahsiakan perubahan makumat bapa pada sijil kelahiran menjadi punca.

Iklan
Iklan

Susulan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, Halim, 59, memohon kepada warga maya untuk memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Ujar penyampai radio itu, beliau sedang berikhtiar menghubungi Myra bagi menyelesaikan isu berkenaan secara baik.

Iklan

Baca juga: Mengaku anak tidak sah taraf, Myra Natasya dedah Halim Othman tukar nama pada sijil kelahiran tanpa pengetahuan

Baca juga: Penantian 27 tahun, Syawal Istimewa Myra Natasya

Iklan

"Saya dengan ibu Myra tengah berusaha untuk menghubungi dia. Tolong bagi kami sedikit ruang dan doa untuk kebaikan semua," katanya menerusi temu bual bersama OhBulan!

Disoal mengenai reputasi diri sendiri selepas isu berkenaan menjadi viral, Halim berkata, beliau enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, bekas pengacara Roda Impian itu juga mendedahkan Myra mengalami depresi dan banyak menyendiri serta menjauhi keluarga.

Baca juga:Cara mudah tukar nama anak di JPN, mak-mak wajib tahu

Baca juga: Surat beranak ibu bapa atau sendiri dah lusuh &8 lunyai, ini cara mudah tukar baru di JPN

Memetik MalaysiaKini, Halim mendakwa ada sesuatu yang menyemarakkan api kemarahan anaknya sehingga membuat kenyataan sebagai anak tidak sah taraf.

Sementara itu, Halim menzahirkan kegusaran tentang keadaan Myra dan tidak menolak kemungkinan wujudnya anasir luar sehingga Myra berani membuat kenyataan sedemikian.

Malah menurut Halim, sudah lebih setahun beliau tidak bertemu dan berhubung dengan Myra.

 

"Beliau sekarang alami tekanan. Myra tinggal sendiri dan hampir lebih satu tahun kami tidak berjumpa. Semua mesej dan panggilan tidak berjawab. Begitu juga yang dihantar oleh ibunya,” katanya.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tidak sah taraf.

Myra turut mendakwa ibu bapanya itu tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan sebelum ini. Bekas finalis Dewi Remaja 2019 itu juga mendedahkan selama ini beliau tepaksa merahsiakan perkara tersebut untuk menjaga nama baik dan imej bapanya yang merupakan seorang penyampai radio.

Sumber: OhBulan, MalaysiaKini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!