GOOGLE mengumumkan tiga peranti dengan pengenalan cip generasi keempat berkuasa kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang kini tersedia untuk pasaran lokal.
Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL dilengkapi dengan Tensor G4, cip terpantas dan paling cekap dilancarkan jenama terkemuka dunia itu setakat ini.
Naib Presiden Perniagaan Peranti dan Perkhidmatan APAC Google, Mike Abary berkata, pengenalan fitur baharu tersebut menandakan fasa seterusnya dalam menghasilkan teknologi serba canggih.
"Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan VSTECS dalam menyediakan lebih banyak pilihan dan pengalaman Android premium dengan Pixel,” katanya.
Karya dwibahasa gabungan genre muzik Melayu dan Tamil yang kian meniti bibir peminat khususnya anak muda itu turut menjadi muzik latar sempena salah satu persembahan di Dataran Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS Berhad, JH Soong berkata, sebagai peneraju teknologi terkini, pihaknya berbangga untuk memperkenalkan peranti Google Pixel berkuasa AI di Malaysia.
Berikut antara ciri lain siri Pixel 9:
- Kamera swafoto serba baharu (model Pro), kamera ultra lebar yang dinaik taraf pada Pixel 9 (48 MP) membolehkan tangkapan fokus makro lebih baik.
- Paparan Super Actua lebih cerah (3000 nits untuk Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro), manakala Paparan Actua Pixel 9 adalah 35 peratus lebih cerah (2700 nits).
- Peningkatan RAM 16GB (Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro) dan 12GB untuk Pixel 9.Siri Pixel 9 didatangkan dengan ciri yang dipertingkatkan AI untuk foto terbaik seperti Best Take dan Audio Magic Eraser.
- Ciri AI Pixel Screenshots untuk membantu menyimpan, menyusun dan mengingat semula maklumat serta pembantu terbina dalam bentuk Gemini.
Tawaran harga bermula RM3,999 (Pixel 9), RM5,199 untuk Pixel 9 Pro dan RM5,699 (Pixel 9 Pro XL).