CANON Marketing Malaysia menawarkan model PIXMA E410 dan PIXMA E470 dengan pengenalan rona dinamik baharu sempena sambutan 28 Tahun Kecemerlangan Berterusan syarikat itu.
Warna hijau putih yang menawan memberi nafas baharu untuk rangkaian Siri E ikonik tersebut, sekali gus melambangkan sentuhan gaya moden selari dengan trend terkini.
Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, pencetak Siri E sememangnya sinonim dengan kualiti dan kecemerlangan tersendiri.
"Selain warna baharu, Canon turut memperkenalkan aplikasi Canon Printer Buddy, sebuah versi pintar yang dipertingkatkan membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang diperibadikan lebih baik,” katanya.
Sempena pelancaran tersebut, Canon menganjurkan Peraduan Gaya Baru Warna Baru bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini dengan ganjaran bernilai RM30,000.
Pencetak Siri E baharu boleh didapati menerusi rakan pengedar yang sah dan outlet e-dagang Canon. Untuk info lanjut, layari my.canon/en/consumer/products.