KPM beri cuti tambahan sempena Deepavali 2024

Iklan

PERAYAAN Deepavali semakin hampir. Bakal diraikan oleh penganut Hindu pada 31 Oktober ini, terima kasih diucapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana memperuntukkan cuti tambahan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

Kepada ibu bapa dan warga pendidik, info ini penting untuk anda merancang cuti nanti dan menyusun jadual anak-anak dengan bijak agar terisi dengan aktiviti bermakna serta bermanfaat.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, cuti tambahan Deepavali dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berikutn tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.

1) 30 Oktober 2024 (Rabu) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)

2) 31 Oktober 2024 (Khamis) - Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)

3) 30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

4) Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan



Secara kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan KPM kepada Kumpulan A dan Kumpulan B adalah seperti berikut;

1) Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu, empat hari)

2) Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad, lima hari)

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sinar Bestari