Iklan
Iklan
Dalam pada itu, Dato Azizul yang mesra disapa ‘Jijoe’ ini juga beri persamaan sikap romantik dengan acara keirin yang mana kedua-duanya memerlukan teknik tertentu supaya tidak mudah basi.
"Seperti acara Keirin, kita kena ada perancangan yang teliti dan penuh dengan taktik untuk menewaskan pihak lawan. Jadi, dalam soal ini, pada percaturan saya, kalau kita selalu sangat over romantik ni, effect dia akan berkurangan. Tak payah pergi jauhlah, dalam penulisan pun tanda seru (!) hanya digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Kalau! Kita! Guna! Terlalu! Kerap! Dia! Akan! Jadi! Sakit! Kepala! Pulak! Kan?!.
"Walau bagaimanapun, we have to give credit when it’s due. Bila sampai waktu dan ketikanya, baru lah saya melakukan henjutan. Bagi saya, it’s all about timing. Bila henjutan dilakukan tepat pada waktunya, pihak lawan tidak dapat mengejar dan tidak sempat untuk memotong kita di garisan penamat, terus kita menjadi pemenang. Faham? Tak faham juga ke?," jelas beliau.
Tambah Dato Jijoe, sifat romantik ini memerlukan masa yang sesuai untuk dipamerkan. Hal ini barulah isteri tidak rasa bosan dan akan terkejut dengan kejutan istimewa yang diberikan. Barulah isteri makin sayang.
"Baik, bila sampai waktu dan ketikanya, saya akan keluarkan sifat romantis tu. Bukan tak ada, tetapi orang lelaki ni lebih gemar simpan romantik dia dekat hempedu. Bila romantik itu digunakan pada tempat dan waktu yang betul, maka effect dia akan jadi berganda-berganda.
"Barulah hati si isteri berbunga-bunga. Senyum pun sampai ke telinga. Percayalah nanti si isteri mesti akan bagi ungkapan"romantik juga you ni erk”. Tips saya, bagi jelingan maut, sengetkan sebelah je mulut dan jawab"I malas nak tunjuk je” sambil angkat kening dua kali," ulasnya.
Namun begitu, dalam mengharapkan sang suami untuk menjadi seorang yang romantik, bersyukurlah jika mereka mampu untuk melaksanakan kewajipan yang termaktub dalam hukum. Malah, Dato Jijoe juga sempat menasihatkan para suami supaya tidak berkira dengan isteri.
Sudah semestinya, menjadi seorang suami mewajibkan anda menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bukanlah sekadar romantis sahaja. Apa yang perlu ditunaikan dalam Islam perlu dilaksanakan supaya perkahwinan itu mendapat keredhaan Allah SWT.
"Akan tetapi dia ada beda antara romantik dan kewajipan. Romantik tu benda yang si suami boleh play around ikut cita rasa. Tetapi kewajipan adalah benda yang telah termaktub dalam hukum. Satu lagi perkara yang penting saya nak kongsi berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Kita ni janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Insan yang jaga makan minum kita, mendidik dan besarkan anak-anak kita dan sebagainya. Kalau kita buat semua ini kerana mencari keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan melimpahkan dengan pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat.”
*Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 261)," tutup kata dari beliau.
Kalau hari-hari romantik pun tak menarik juga kan? Sesekali pun tak mengapa asalkan tanggungjawab hakiki tidak culas. Kan?
Artikel Berkaitan