Diuji 11 penyakit termasuk masalah tulang belakang dan jantung berlubang, adik Aishah terpaksa tanggung rawatan seumur hidup

Iklan

BUKAN mudah buat Siti Faizah Abu Bakar dan suami untuk menerima hakikat apabila puteri bongsu yang dinanti-nantikan berdepan derita penyakit yang cukup berat.

Siti Aishah Fatimah Muhammad Rodzi, 3, diuji dengan 11 jenis penyakit, antaranya masalah jantung berlubang, tulang belakang dan radang paru-paru.

Iklan
Iklan

Lebih menyedihkan, si kecil yang manja dipanggil Aishah itu juga mengalami kelainan pada mata kiri, kaki kiri membengkok, tapak kaki tidak rata dan ekzema yang teruk sejak dilahirkan.

Iklan

Kepada SinarPlus, Siti Faizah memberitahu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan luluh yang sarat bersarang di dalam hatinya selepas doktor pakar memaklumkan keadaan sebenar anaknya.

"Sebenarnya, sepanjang kandungan saya tiada berdepan sebarang masalah dan setiap pemeriksaan terperinci yang dibuat di hospital kerajaan serta klinik swasta semuanya nampak normal.

Iklan

"Namun, selepas seminggu dilahirkan barulah saya nampak Aishah pelik terutamanya pada bahagian mata kirinya yang sepet, manakala kaki kirinya nampak pengkar,” ceritanya yang kemudian merujuk ke klinik kesihatan berhampiran.

Aishah kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk ujian darah dan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengetahui diagnosis penyakit lebih tepat.

Pun demikian, keputusan yang diterima cukup memeranjatkan apabila doktor mendapati, jantung Aishah berlubang, tulang belakang abnormal (mengandungi lebihan air) dan masalah paru-paru.

Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.