Berita baik! Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira pendapatan ibu bapa tahun depan, 5 info mak-mak perlu tahu

Iklan

ALHAMDULILAH, berita baik yang pastinya dinantikan oleh ibu bapa seluruh negara.

Manakan tidaknya, untuk permulaan sesi persekolahan tahun hadapan, ibu bapa harus memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli keperluan sekolah anak.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, kita bakal menyambut bulan puasa. Bagi yang anak ramai, pening juga kepala memikirkannya.

Seramai 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima bakal menerima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Iklan

Berikut lima info ibu ayah perlu tahu:

Iklan

1-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.

2-Sebanyak RM870 juta diperuntukkan kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada lebih 860 ribu murid.

3-Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada 180 juta ringgit berbanding RM150 juta.

4-Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan makanan asrama bernilai RM2 bilion ringgit.

5-Geran Per Kapita bagi Pendidikan TVET ditingkatkan sebanyak 15 peratus menjadikan peruntukan keseluruhan PCG berjumlah lebih RM900 juta.