NAMPAK gayanya tersenyum lebar golongan bujang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi bajet kali ini mengumumkan beberapa penambahbaikan STR atau Sumbangan Tunai Rahmah.
Ini berikutan golongan tersebut bakal memperoleh RM600 berbanding tahun sebelumnya RM350.
Berikut lima berita baik berkaitan STR yang anda perlu tahu:
1-Tahun 2025 peningkatan tertinggi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada 13 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit yang akan memberikan manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
3-Penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ringgit berbanding RM3,700.
4-Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit.
5-Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ringgit berbanding RM3,700 tahun lalu.
Artikel berkaitan:
Selain STR, beliau ulas tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Berikut infonya:
1-Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan berbanding 700 ribu penerima tahun ini
2-SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025.
3-Ia boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
Sekadar info, Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ merupakan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.