ALHAMDULILLAH, syukur. Berita baik buat penjawat awam apabila kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, khabar gembira itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pastinya sangat dinanti-nantikan.
Berikut info berkaitannya yang telah diringkaskan:
1-Bantuan khas RM500 ini layak diterima semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2-Ia akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
3-Selain penjawat awam yang sedang berkhidmat, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.
"Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus, alhamdulillah," kata Anwar semasa pembentangan.
Sekadar info, Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ merupakan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.