Geram kereta bakal ditarik, keluarga ini pecahkan cermin, rosakkan bumper. 'Rupanya beli secara 'sambung bayar,' pemilik asal pula...'

Iklan

'INI semua hasil duit orang tau. So tak ada masalah kita rosakkan.'

Apa kes ni? Kecoh tindakan ganas wanita dan ahli keluarganya memecahkan cermin kereta yang didakwa bakal ditarik hingga menjadi perbualan hangat warga maya.

Iklan
Iklan

Siapa pun akan rasa emosional apabila barangan yang menjadi hasil titik peluh bakal ditarik kan?

Dakwa pengguna Facebook, wanita dan ahli keluarganya bertindak sedemikian selepas pihak bank mengarahkan kenderaan tersebut ditarik selepas gagal melunaskan bayaran ansuran selama lapan bulan.

Iklan

"Pemiutang lelong kereta, bayar hutang tertunggak. Baki hutang, penghutang masih perlu selesaikan," kongsinya.

Iklan

Difahamkan, kereta tersebut dimiliki secara 'sambung bayar' tetapi pemilik asal tidak membayarnya ke bank.

"Keluarga ni dah bayar pemilik asal tapi pemilik asal tak bayar ke bank. Puas dah pesan jangan beli kereta sambung bayar. Haish!" katanya.

Kata pakar kewangan, Azizul Azli Ahmad mencadangkan supaya pengguna yang menghadapi masalah pembayaran supaya berhubung dengan bank.

"Tindakan merosakkan kenderaan hanya akan menambah beban, kerana nilai kenderaan yang rosak akan menurun dan ini akan meningkatkan jumlah hutang yang perlu dilangsaikan.

"Kes tersebut menjadi satu pengajaran kepada orang ramai tentang pentingnya bertindak bijak apabila berhadapan dengan masalah kewangan.

"Walaupun tekanan kewangan boleh menimbulkan tekanan mental, bertindak melulu bukanlah jalan penyelesaian terbaik,"katanya.

Beliau juga menasihatkan pemilik deraan yang menghadapi masalah pembayaran ansuran berhubung dengan pihak bank untuk mendapatkan jumlah tunggakan dan bersikap rasional.

"Semak baki yang tertunggak, termasuk faedah yang dikenakan serta kos tambahan seperti yuran penarikan dan simpanan kenderaan. Rundingan dengan pihak bank perlu dilakukan segera bagi mencari jalan penyelesaian, sama ada dengan melanjutkan tempoh pembayaran atau menstruktur semula pinjaman.

"Bagi mereka yang tidak mampu menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik kenderaan berbincang dengan bank tentang kemungkinan menjual kenderaan tersebut untuk menutup baki hutang.

"Langkah berkenaan dilihat lebih praktikal daripada membiarkan kenderaan ditarik tanpa sebarang penyelesaian.

"Pada masa sama, dalam sesetengah kes, bank mungkin bersedia menawarkan pelan pembayaran tertunggak secara ansuran atau melanjutkan tempoh pembayaran," tulisnya pada Selasa.

Kejadian ini menjadi bualan hangat warganet, mencetuskan pelbagai reaksi di platform media sosial.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan menerima lebih 21,000 reaksi warganet dan 6,800 perkongsian.

Sumber: Facebook