Siap sedia! MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu, ribut tropika kuat Trami. 10 info wanita perlu tahu

Iklan

KALAU perasan sejak akhir-akhir ini cuaca memang panas membahang. Rupa-rupanya memang betul ada kenaikan suhu di kawasan kediaman penulis. Bagaimana dengan kawasan kalian?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini keluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Iklan
Iklan

Lebih membimbangkan, Ribut Tropika Kuat Trami yang sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam.

Waspada dengan perubahan cuacaa ini, buat persediaan awal mungkin membantu. Berikut info berkaitan wanita perlu tahu:

Iklan

1-Menerusi Facebook rasmi, MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangkakan mengalami kenaikan suhu dan cuaca panas tahap satu iaitu Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Maran serta Temerloh di Pahang.

2-Suhu maksimum harian boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius.

Iklan

3-Suhu tinggi itu dijangkakan berterusan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan tersebut.

4-Lebih membimbangkan, MetMalaysia juga memaklumkan Ribut Tropika Kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam.

5- Ribut ganas itu menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober 2024.

6-Ia berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan pantai timur Semenanjung dalam tempoh tersebut. Untuk pengetahuan anda, garis badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut dan bergerak ke daratan. Lazimnya ia berlakusemasa Monsun Barat Daya dan kerap terjadi pada waktu pagi dan malam.

7-Fenomena garis badai boleh menyebabkan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat disertai dengan angin kencang, guruh dan petir. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berada di tempat yang selamat jika ia sedang berlaku.

8-Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa sehingga 25 Oktober 2024.

9-Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dijangkakan bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober 2024.

10-Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Manakala untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, anda boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

MetMalaysia juga menegur warganet yang teruja berkongsi ramalan cuaca yang kurang tepat.

"Semak kesahihan berita atau maklumat adalah sangat penting sebelum menyebarkannya, pastikan ia sumber diyakini sahih, jika tidak pasti jangan kongsi.

"Mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau maklumat palsu boleh diambil tindakan dibawah undang-undang yang berkuat kuasa. MET Malaysia menyeru orang ramai untuk sentiasa mendapatkan info yang sahih dari agensi kerajaan.

"Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi dan tsunami terkini hanya di portal rasmi MET Malaysia. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, boleh terus menghubungi kami di talian Hotline 1-300-22-1638," katanya di Facebook

SinarPlus harap anda yang berada di negeri terbabit mengambil langkah berjaga-jaga.

Semoga tiada impak teruk berlaku yang menjejaskan struktur dan penduduk. Teruskan membuat persediaan awal agar impaknya dapat dikurangkan ke tahap minimum.

Sumber: Facebook