Terliur tengok Atikah Suhaime makan shepherd pie! Wanita ini kongsi resipi pakej ajar cara buat
BAGI yang aktif di sosial media, mesti pernah menonton video makan-makan mukbang pelakon, Atikah Suhaime, kan?
Sejak berbadan dua ini, lain macam selera anak kelahiran kota Singa ini! Salah satunya, menu dari negara barat, shepherd pie. Jika sebelum ini hanya membeli dari rakannya yang menjual makanan itu, tetapi baru-baru ini, beliau sanggup terbang ke Singapura untuk menjamah makanan tersebut hasil air tangan ibundanya.
Mesti ada yang tertanya, apa agaknya rasa makanan tu, ya? Sampai terliurlah setiap kali tengok orang lain makan.
Jangan risau! Ada seorang rakan kita di Facebook Dea Noorfaizura sudi berkongsi resipi untuk cuba bersama. Dah alang-alang nak rasa, daripada beli baik buat je boleh hidang satu keluarga. Lagi jimat, kan!
Resipi shepherd pie
Bahan-bahan mashed potato:
Ubi kentang - BELI SINI
Susu full cream - BELI SINI
Mentega - BELI SINI
Keju Cheddar
Lada sulah - BELI SINI
Kiub ayam - BELI SINI
Bahan-bahan inti:
Bawang holand - BELI SINI
Bawang putih - BELI SINI
Mentega - BELI SINI
Daging kambing cincang
Lobak merah
Sos tomato pasta - BELI SINI
Lada hitam - BELI SINI
Cili flakes - BELI SINI
Bahan perasa - BELI SINI
Garam - BELI SINI
Keju mozarella
Cara-cara mashed potato:
1. Kupas ubi kentang, potong dadu dan rebus di dalam kuali yang telah diisi air dan sedikit garam.
2. Bila ubi dah empuk, toskan dan leyekkan bersama mentega, susu dan keju cheddar.
3. masukkan lada sulah dan kiub ayam. Gaul sebati.
4. Bila dah dapat hasil yang halus, ketepikan.
Cara-cara buat inti:
1. Potong dadu lobak merah, bawang holand dan bawang putih.
2. Cairkan mentega, tumis bawang tadi sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
3. Masukkan daging cincang, kacau dan biarkan daging masak sebentar.
4. Bila daging sudah keluarkan airnya dan sedikit masak, masukkan lobak merah.
5. Kemudian, masukkan sos tomato pasta. kacau sebati.
6. Masukkan lada hitam, cili flakes dan perasakan dengan garam. Masak inti sehingga kering.
7. Bila inti dah siapkan, sediakan bekas dan masukkan inti tadi ke dalam bekas. Ratakan.
8. Kemudian, tabur rata keju mozarella
9. Seterusnya, masukkan mashed potato dan ratakan. Boleh rapikan dengan menggoreskan ubi dengan garfu.
10. Bakar dalam ketuhar selama 25 hingga 30 minit pada suhu 160 darjah.
11. Bila dah siap, taburkan pasley, sejukkan dan siap dihidang!
Tambahan ilmu untuk semua, shepherd pie ini sebenarnya menggunakan daging kambing cincang tau. Jika anda tukar menggunakan daging lembu biasa, namanya bertukar menjadi cottage pie dan ayam bertukar ke chicken pie. Hmm jenuh juga ye nak mengingat nama masing-masing ni! Kalau min bedal je nama apa pun asalkan guna yang halal.