ALHAMDULILLAH syukur. Nasib guru yang dikenali sebagai Cikgu Din akhirnya terbela apabila beliau Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan arahan penempatan sementara.
Bagus tindakan KPM ini, bukan sahaja berempati tetapi bertindak mempermudah urusan kakitangan.
Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar ditukarkan dari Sarawak ke Kelantan agar dia dapat menjaga isterinya yang menghidap kanser tahap empat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata arahan itu dibuat selepas KPM berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan JPN Kelantan.
Buat masa ini, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam itu akan ditempatkan di sekolah berhampiran dengan isterinya, Nur Atiqah My Yusoff, 30, supaya dia dapat melaksanakan tugasan dan pada masa sama bersama dengan isterinya.
"Buat masa ini, Cikgu Din telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas ini.
"Pertama, kami rakamkan ucapan simpati. Insya-ALLAH kami akan bagi ruang untuk dia bersama dengan isterinya melalui arahan sementara penempatan," katanya.
Kisah Cikgu Dinviral selepas pengguna media sosial, Harima Abd Rahman mendedahkan pendidik itu berdepan pelbagai cabaran dalam selepas permohonannya untuk berpindah tidak diluluskan KPM tas dasar tempoh perkhidmatannya yang belum mencecah tiga tahun.
Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak itu juga berkorban dengan berulang-alik Kelantan-Sarawak setiap dua minggu untuk pulang ke Kelantan bagi memberi sokongan kepada isterinya.
Lebih menyedihkan, Cikgu Din kemudian disahkan menghidap masalah mental atau major depressive disorder (MDD).
Pasangan berkenaan memiliki seorang anak lelaki berusia empat tahun.