PENGENALAN Samsung Bespoke AI Laundry Combo terbaharu yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadikan tugas seisi rumah bertambah mudah.
Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, mesin pintar yang berfungsi dua dalam satu berkenaan memudahkan kerja-kerja membersih dan mengeringkan pakaian lebih pantas.
Dengan reka bentuk semua dalam satu, teknologi baharu yang menggabungkan mesin basuh dan pengering itu menjimatkan ruang tanpa perlu rak pengeringan.
#fattahamin #fatimanuraisya #anak #Duda #sinarplus #lifestylesinarharian
Iklan
Berikut inovasi baharu yang ditampilkan:
Iklan
- Ciri AI Wash & Dry’s Detection mengenal pasti jenis fabrik sebelum penetapan basuhan dan pengeringan dibuat.
- Tempoh mencuci dan mengering pakaian dalam tempoh 98 minit menerusi mod Super Speed Cycle.
- Teknologi Pengeringan Heat Pump dengan teknik pengeringan udara panas untuk penjimatan masa hingga 60 peratus.
- Kawalan pintar menerusi aplikasi AI Home termasuk kawalan suara untuk memudahkan tetapan maklumat kandungan sabun, penggunaan air dan penggunaan tenaga elektrik.