"Sudah bercerai terus lari, tak boleh!" Ringkas dan padat penjelasan Ustazah Norhafizah tentang isu Iddah wanita

Iklan

SETIAP pasangan yang berkahwin semestinya tidak pernah terlintas untuk berpisah, malah mengimpikan kebahagiaan buat selama-lamanya. Namun, siapalah kita yang mampu melawan takdir. Bila dugaan itu datang, haruslah tempuhi dengan reda.

SETIAP pasangan yang berkahwin semestinya tidak pernah terlintas untuk berpisah, malah mengimpikan kebahagiaan buat selama-lamanya. Namun, siapalah kita yang mampu melawan takdir. Bila dugaan itu datang, haruslah tempuhi dengan reda.

Disebabkan tidak terjangka perkara sebegini boleh berlaku, mungkin antara mereka ada yang kurang memahami tentang iddah wanita selepas bercerai.

Iklan
Iklan

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, dalam satu video beliau menjelaskan bahawa terdapat dua jenis iddah iaitu wanita yang bercerai mati kerana suami meninggal dunia dan wanita yang bercerai hidup.

"Bercerai mati, ia dinamakan berkabung. Kalau dalam berkabung sangat tegas, wanita itu tak boleh langsung memakai pakaian seolah-olah dia berhias. Walaupun ada di dalam rumah, sepanjang tempoh iddah selama empat bulan 10 hari.

Iklan

"Dia kena menunjukkan rasa kehilangan dan sedih (pada kadar yang munasabah) dengan memakai pakaian yang berwarna suram. Tidak menggambarkan sebarang bentuk kecerian dan suka ria.

"Larangan keluar rumah sangat kuat kecuali pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat andai dia tidak keluar rumah. Contohnya, untuk keselamatan atau dia perlu cari rezeki dan beri komitmen terhadap nafkah anak-anak," kata beliau di video Ohbulan.

Iklan

Dalam masa yang sama, Ustazah Norhafizah turut menerangkan tentang iddah bagi wanita yang bercerai hidup.

"Bagi yang bercerai hidup, dia tidak dilarang untuk berhias. Di dalam rumah, dia memang boleh berhias.

"Apatah lagi mungkin apabila berhias dia dan suami boleh rujuk kembali. Cuma dia masih kena jaga adab ketika keluar rumah maknanya bukan bersuka ria," jelasnya.

Walaupun begitu, wanita tersebut perlulah meminta izin bekas suaminya sepanjang dalam iddah kerana mereka masih boleh rujuk kembali.

"Dia masih tertakluk juga pada izin bekas suami, kalau bekas suami tidak beri izin maka dia tak boleh keluar.

"Kerana wanita ini belum berada di dalam perceraian mutlak sebab masih ada tempoh rujuk dalam iddah" tambah beliau.

Sementara itu, Ustazah Norhafizah juga menekankan bahawa bagi kedua-dua jenis iddah tersebut, isteri mestilah tinggal di rumah yang disediakan oleh suami.

"Jangan kata sudah bercerai kemudian terus lari, tak boleh. Dia kena duduk lagi di rumah yang disediakan oleh suami untuk kedua-dua jenis iddah.

"Kecuali kalau bahaya atau mudaratkannya. Contoh, bekas suami mengamuk," ujarnya.

Mungkin situasi itu tidak terjadi pada kita. Tidak salah tambah ilmu, mana tahu berguna untuk orang sekeliling kita, kan?