Iklan
Iklan
Turut hadir Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi. Malah, lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan.
Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE, En. Victor Chin menjelaskan, kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara.
"Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini.
"Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya.
"Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius," jelas beliau.
Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser.
Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. Peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma.
Selain itu, acara tersebut turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser, iaitu Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), Dr. Haliza Kamarudin.
Beliau membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.
"Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara.
"Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan.
"Penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal,” kata Dr Haliza.
Artikel Berkaitan