ALLAHUAKBAR! Tergamaknya perbuatan suspek, sanggup membunuh wanita dan bapa hanya kerana perasaan cinta tidak berbalas.
Rupanya kematian tragis yang menggemparkan negara, Siti Zulaila, 30 dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, yang ditikam di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim, George Town disebabkan oleh cinta yang bertepuk sebelah tangan!
Hal itu didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake. Katanya, suspek yang berusia 32 tahun mempunyai perasaan terhadap Allahyarham Siti Zulaila namun wanita itu tidak berminat dan menolaknya.
Berang dan tidak berpuas hati, suspek bertindak menikam Allahyarham dan bapanya sehingga mati dengan menggunakan senjata tajam.
Tambah Swee Sake, sebelum kejadian, suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga Allahyarham di kediaman mereka di situ.
Artikel berkaitan:
- Cinta tak bersambut, gadis maut dicekik lelaki kejam, leher dijerut dengan tudung
- Berang cintanya ditolak dan diejek sumbing, gadis 17 tahun dicampak ke dalam perigi
- Cinta dan lamaran ditolak, lelaki berdendam sembelih rakan universiti
- Obses & kecewa cinta ditolak, wanita ini sanggup upah culik penyampai TV
Buat masa ini polis masih menunggu laporan ujian darah untuk mengetahui sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya. Namun semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Status ujian dadah belum disahkan kerana laporan ujian darah masih belum diterima. Suspek masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan masih dalam tahanan reman.
"Kertas siasatan masih belum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya. Kita masih ada masa lagi untuk melengkapkan siasatan," tambahnya.
Dalam kejadian Khamis lalu, dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu di hadapan lif pangsapuri susulan kecederaan parah.
'ZULAILA MASIH ISTERI YANG SAH' - SUAMI
Khabar angin mengatakan Allahyarham Siti Zulaila sebagai ibu tunggal adalah tidak benar.
Suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal, 30-an mengaku wanita itu adalah isterinya yang sah dan menafikan bahawa mereka berdua sudah berpisah.
"Saya sedih dengan kejadian ini, ditambah pula dengan dakwaan tidak sepatutnya, buatkan kami sebagai keluarga sangat terkesan," katanya yang kesal fitnah yang timbul.
Beliau dan Allahyarham Siti Zulaila memiliki tiga cahaya mata berusia18 bulan hingga 10 tahun.
Jenazah Allahyarham Siti Zulaila dan bapa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Sayunya, asbab mementingkan diri sendiri, tiga anak kecil kehilangan ibu mereka.
Takziah buat keluarga Allahyarham Siti Zulaila dan bapanya. Semoga ada pembelaan dan keadilan buat kedua-dua mangsa ini, sama-sama kita doakan.
Sumber: Sinar Harian