TAHNIAH! Tiga penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin, AG dan Johan berjaya menawan puncak Kinabalu pagi ini biarpun tanpa Fara Fauzana.
Meskipun tidak mampu tiba di puncak setinggi 4,095 meter itu, Fara tetap melafazkan kesyukuran kerana berjaya tiba di kem Laban Rata pada jam 6.58 petang.
Ketinggalan daripada rakan penyampai yang lain, Fara tetap disambut meriah dan deraian air mata rakan-rakan termasuk isteri Johan, pelakon Ozlynn Waty.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik turut meluangkan masa menghubungi ibu tersayang menerusi panggilan telefon.
Dalam tangisan, penyampai radio berusia 44 tahun itu memohon maaf. Walaupun asalnya hanya berniat untuk naik sejauh dua kilometer sahaja, Fara berjaya sampai ke Laban Rata setinggi 3,272 meter dari paras laut.
"Hello mama, I didn't make you proud. Alhamdulillah, I told you right so many times that I'm not gonna come up here right?
"I am sorry, I tak ikut cakap mama sebab mama memang tak bagi naik kan? I dah sampai kat sini.
"I'm just telling you that I here now. Selamat Alhamdulillah," katanya.
Sementara itu, Ozlynn sempat memberikan kata-kata semangat kepada Fara.
"Tiada siapa yang kata Fara tak boleh. Dia boleh sebab dia memiliki satu kekuatan. Dia perlukan kita untuk sama-sama push dia," kata Ozlynn.
Artikel berkaitan:
- Ditanya soal jodoh, Fara Fauzana menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’
- Fara Fauzana dedah momen pakai baju lama milik kawan ibu untuk beraya bikin sebak. 'Walaupun secondhand it's OK'
- Pasrah hilang jari ketika daki Puncak Mera, ratu cantik Malaysia ‘move on’, mahu teruskan misi tawan gunung lain
- Mendaki bukan sekadar ikut kawan, kena tahu risiko dan penyakit yang mudah menyerang. Ini salah satu ancamannya
Pendakian yang menguji ketahanan fizikal dan mental itu bermula semalam.
Perjalanan mencabar itu menyaksikan Khairy tiba hampir sejam lebih awal di puncak Low’s Peak diikuti AG serta Johan.
Fara yang sampai di Laban Rata atau Panalaban telah turun semula ke Timpohon Gate.