TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Baginda berkongsi khabar gembira itu di laman sosial TikTok sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti berkenaan.
"Kembali ke sekolah, doakan saya!" titah baginda di ruangan kapsyen.
Warga maya tidak henti memberikan sokongan kepada baginda dan berharap pembelajaran beliau dipermudahkan.
Tidak kurang yang berseloroh seronoknya jika baginda tinggal di kolej.
"Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga patik dapat bersua muka dengan tuanku di mana-mana kulliyyah nanti. Aminn."
"Siapalah roomate Tuanku ni, untungnya."
"Menjadi contoh kepada anak muda, Tuanku untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Daulat Tuanku."
"Ini baru betul, the constitutional head sendiri sambung study UIA."
"Comelnya kad matrik Tuanku."
Sekadar info, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Baru-baru ini, baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-40 2024.
Baru-baru ini, Tunku Azizah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa bidang seni tekstil dan seni kraf tradisional.
Baginda juga memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa menerusi Kain Tenun Pahang Diraja yang telah diiktiraf melalui Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia di India.