Milk Bun Thai raih sambutan sangat!

Iklan

Bila sebut tentang Milk Bun Thai atau roti susu Thai, peminat makanan viral mesti lebih tahu kewujudan roti yang pada awalnya tular dari sebuah kafe di Thailand ini.

Bila sebut tentang Milk Bun Thai atau roti susu Thai, peminat makanan viral mesti lebih tahu kewujudan roti yang pada awalnya tular dari sebuah kafe di Thailand ini.

Bagi yang pertama kali dengar, sebenarnya roti itu mempunyai banyak perisa tetapi Milk Bun yang paling mendapat permintaan tinggi. Roti yang lembut dipadankan pula dengan krim di dalamnya membuatkan orang teringat-ingat dengan rasanya yang sedap itu.

Iklan
Iklan

SinarPlus sempat menemu bual salah seorang peniaga yang tidak ketinggalan membuat roti yang viral dari negara jiran itu.

Lengkap rasa berlemak

Iklan

Menurut cerita Norashikin Nayan, permulaan beliau menjual roti itu atas permintaan rakannya selepas merasai sendiri ketika berkunjung ke Thailand.

"Resipi yang saya gunakan adalah olahan saya sendiri yang diambil dari orang Indonesia yang berkongsi resipi di TikTok miliknya. Buat masa ini saya hanya memfokuskan dua perisa iaitu susu dan strawberi.

Iklan

"Pada asalnya saya sememangnya pembuat roti bun dan kek. Malah, saya juga menjadi pembekal roti kukus kepada peniaga lain seluruh Malaysia," katanya yang sudah berniaga sejak 2018.

Kini, beliau menjual produk keluarannya dengan menyewa sebuah premis di Stadium Darul Aman Alor Setar dan menjual secara vendor selain mengambil tempahan.

Beliau turut meluahkan hasrat untuk memiliki sebuah kilang sekaligus menjadi pembekal roti dengan jenama sendiri.

Resipi asas roti

Bahan-bahan

500 gram tepung tinggi protein

100 gram gula

10 gram yis

5 gram garam

10 gram susu tepung

60 gram marjerin/ mentega

Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan dan adun menggunakan mesin pengadun sehingga menjadi doh yang elastik.

2. Timbang berat doh 30 gram, bentukkan menjadi bulat dan letak ke dalam bekas.

3. Tunggu sehingga doh naik sekali ganda dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah selsius selama 20 minit.

Resepi inti krim susu

Bahan A

150gram krim putar(whipping cream)

* Putar sehingga kental. Ketepikan.

Bahan B

60 gram mentega

75 gram susu pekat

100 gram krim keju

250g krim segar (fresh cream)

Cara membuat

1. Putarkan krim keju, susu dan mentega sehingga sebati dan tidak berketul.

2. Masukkan krim segar dan putar sehingga kental

3. Kemudian, masukkan adunan A ke dalam adunan B. Gaul sebati.

4. Sedia untuk masukkan krim ke dalam roti. Kemudian sapukan juga krim tersebut di atas permukaan roti.

5. Akhir sekali, taburkan susu tepung dan snow powder di atasnya. Siap.