Hampir 50 jam hilang dibawa arus, mayat Nur Arina ditemui tersangkut pada dahan pokok, 7 kilometer dari lokasi terakhir

Iklan

PENANTIAN bapa, Azizan Md Din, 60, dan ibu, Saripah Ahmad, 48, akhirnya menemui jawapan apabila jasad anak mereka, Nur Arina, 20,ditemui lemas dan mayatnya tersangkut pada dahan pokok berdekatan tebing Sungai Rui, Gerik.

Selepas hampir 50 jam gagal dikesan, gadis itu rupanya telah dihanyutkan arus deras hingga temui tujuh kilometer dari lokasi terakhir sekitar jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Nur Arina kemudian dibawa ke jeti dekat Kampung Dusun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga bermula jam 8 pagi dengan tumpuan melibatkan beberapa kawasan di Sungai Rui.

Iklan

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman di lokasi awal mangsa dilaporkan hilang berhampiran rumah pam di Sungai Air Beruk dan keputusannya negatif.

SinarPlus terdahulu berkongsi rintihan pilu bapa Allahyarham yang turut melaungkan azan bagi membantu proses SAR.

Iklan

Sekadar makluman, Arina sebelum itu bersama tiga ahli keluarga lain menyusuri sungai dengan ibunya berusia 48 tahun berpaut pada pelampung sebelum pelampung yang digunakan mangsa terpisah daripada ahli keluarga lain menyebabkan arwah turun sebelum dihanyutkan arus deras.

Ibunya yang melihat kejadian itu telah terjun untuk mendapatkan mangsa menyebabkan beliau turut dihanyutkan arus sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung berhampiran

Malah demi menyelamatkan Arina, Saripah hampir lemas. Beliau yang berjaya diselamatkan orang awam dan sehingga kini dirawat di Hospital Taiping.

Sumber: Sinar Harian