12 peserta mengharungi cabaran uji ketahanan, persahabatan sejati menerusi Maskulin Who’s Your Bro’

Iklan

LELAKI sering dikaitkan dengan kekuatan, daya tahan, dan kepimpinan. Namun, adakah itu sahaja yang mendefinisikan kehebatan seorang lelaki?

Iklan
Iklan

Untuk pertama kalinya dalam sejarah 24 tahun jenama Maskulin, rancangan realiti TV"Who’s Your Bro” hadir untuk mengubah persepsi itu, membawa makna lebih mendalam tentang maskuliniti moden.

Sebagai cerminan jenama Maskulin, rancangan ini meraikan kesihatan fizikal, kestabilan mental, dan kekuatan hubungan sosial. Di setiap episod, penonton akan dibawa menyaksikan perjuangan dan kebangkitan semula, di mana semangat persaudaraan menjadi kunci kepada setiap pencapaian.

Iklan

Setiap peserta berpasangan untuk membentuk duo dinamik, membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya tentang diri sendiri tetapi juga tentang kepercayaan dan sokongan daripada seorang"bro”.

Menariknya, Who’s Your Bro bukan hanya berfokus pada persaingan. Kandungan digital eksklusif di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube mendedahkan sisi peribadi peserta di luar pertandingan. Dari aktiviti harian hingga detik emosi yang jarang dilihat, penonton berpeluang mengenali setiap peserta dengan lebih dekat.

Iklan

Selain itu, rancangan ini juga menjadi platform advokasi kesedaran kesihatan lelaki, khususnya mengenai kanser prostat. Melalui episod khas dan aktiviti lapangan, Who’s Your Bro membawa mesej bermakna yang melangkaui skrin, menyeru lelaki untuk lebih peka terhadap kesihatan mereka.

'Maskulin Who’s Your Bro' akan menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.