POCO C75 lebih estetik serendah RM499 jer, ini spesikasi padu untuk pilihan mampu milik

Iklan

TIDAK mahu ketinggalan, POCO juga mengumumkan pelancaran dua peranti terbaharu, POCO C75 dan POCO Pad dengan reka bentuk lebih estetik dan puas hati.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, POCO C75 menampilkan reka bentuk mencerminkan ketenangan dan kecanggihan yang diinspirasikan keindahan alam semula jadi.

Iklan
Iklan

"Panel belakang yang direka secara halus membangkitkan tekstur semula jadi dalam rona hijau dan emas, manakala varian hitam memancarkan daya tarikan abadi dengan desain minimalis.

"Uniknya, POCO C75 menampilkan paparan 6.88 inci untuk pengalaman visual yang mengasyikkan sama ada menstrim filem, membaca atau permainan,” katanya yang disokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Iklan

Selain dilengkapi TÜV Rheinland, ia memiliki ciri tambahan seperti mod gelap dan mod bacaan untuk meningkatkan pengalaman menonton dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Iklan

Berikut antara lain kelebihan POCO C75:

  • Lengkap dengan sistem dwi kamera AI 50MP dan rangkaian penapis kreatif melalui ciri kamera filem.
  • Cip pemproses octa-core untuk prestasi lebih lancar dengan kapasiti 16GB RAM.
  • Ciri penderia cap jari sisi untuk keselamatan dan bicu fon kepala 3.5 milimeter dengan peningkatan volum hingga 150 peratus.
  • Bateri tahan lama 5,160mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Berikut kelebihan POCO Pad:

  • Skrin beresolusi tinggi 12.1 inci dengan kadar segar semula hingga 120Hz.
  • Cip pemproses Snapdragon® 7s Gen 2 dipertingkatkan sistem pengendalian Xiaomi HyperOS dan empat pembesar suara disokong Dolby Atmos®.
  • Kapasiti bateri 10,000mAh menyokong pengecasan pantas 33W.

POCO C75 ditawarkan pada harga RM499 (6GB+128GB) dan RM599 (8GB+256GB) manakala POCO Pad bernilai RM1,399.