NIKON Corporation menawarkan model kamera tanpa cermin terbaharu, Nikon Z50II dengan gabungan rangkaian pengimejan lebih profesional, menyeronokkan dan gaya tersendiri.
Label itu dalam satu kenyataan memberitahu, ciri kawalan gambar untuk penciptaan imej ringkas yang pertama kali dipasang untuk siri Nikon Z dilihat lebih memudahkan pengguna tanpa perlu penyuntingan rumit.
"Pengguna juga boleh mencipta imej menyerupai idola kegemaran atau mensimulasi pelbagai jenis filem menerusi ciri Resipi Pengimejan dengan bantuan enjin pemprosesan EXPEED 7.
"Z50II juga merupakan siri pertama yang menampilkan mod semakan produk yang memfokuskan objek pada latar depan dan fungsi pemasa kendiri untuk tetapan masa tertentu,” katanya.
#sinarplus #idzhamismail #sinarplus #lifestylesinarharian
Selain itu, sokongan untuk penstriman USB (UVC/UAC) membolehkan pengguna menghantar imej yang jelas untuk mesyuarat dalam talian dan penstriman video secara langsung menerusi komputer atau telefon pintar.
Tawaran harga bermula RM3,988 dan untuk informasi lanjut, layari https://www.nikon.com/company/.