BERDERAU rasanya melihat anak ketiga Dr Say di digoncang dan dilayani dengan kekerasan oleh pembantu rumah!
Sebelum ini, doktor selebriti, Dr Say Shazril meluahkan rasa marah dan bengang apabila dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumah dan melakukan hubungan intim.
Selepas kejadian tersebut, Dr Say hanya menyimpan seorang sahaja pembantu.
Kali ini lebih teruk apabila anak ketiga, Zaqriel atau Baby Zeq yang berusia 10 bulan telah digoncang dengan sengaja.
Tidak hanya itu, kepala Baby Zeq dibiarkan tergantung dalam keadaan dalam tempoh yang lama sehingga si kecil itu kelihatan tidak bermaya.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Dr Say atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin, 36, terkejut namun bersabar dan tidak menegur pembantu kerana risaukan nyawa dan keselamatan anak-anak ketika beliau tiada di rumah.
"Setelah bercakap dengan pembantu rumah Filipina saya, cerita dia macam ini.
"Pembantu rumah Indonesia baru saya pada awalnya perlu ditugaskan hanya menjaga baby Zaqriel. Pembantu rumah Filipina saya jaga Ace dan Sefriel.
Artikel berkaitan:
- Kantoi bawa 2 lelaki masuk rumah, Dr Say bengang maid buat 'projek' anak diletak ditengah. 'Saya layan mereka seperti manusia tetapi...'
- Ditinggalkan bekas suami bila tahu anak autisme, Dr Say minta lelaki ubah mentaliti. 'genetik pembawa diwarisi daripada bapa'
- Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. '60% lelaki Malaysia tidak subur'
- 'Nak kata malu, sikit pun tidak'. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu
"Siapa jaga Ace dan Sefriel kena kemas rumah juga sebab anak-anak pergi sekolah, jadi banyak masa terluang.
"Baru-baru ini, semasa saya dan isteri pergi Jepun, pembantu Filipina ini pandai-pandai dia jaga Zaqriel dan pembantu Indonesia jaga Ace dan Sefriel pula mengemas rumah. Katanya, nak bagi Ace dan Sefriel biasakan diri dengan pembantu Indonesia. Kami layankan sajalah.
"Namun benda itu memakan dirinya. Baru-baru ini dia koyak kot, dia buat keganasan. Ada video saya nampak dekat kamera litar tertutup (CCTV).
"Sudah buat kesalahan dua kali. Kali ini dia buat lagi. Nasib baik saya tak angkat tangan mahupun sepak terajang. Dia patut pergi. Saya dah bagitahu dia, dia agak terkedu. Hari Selasa minggu depan dia kena balik. Tiket kapal terbang sudah beli," katanya.
Dalam hantaran lain, Dr Say mengaku kesilapannya tidak membuang pembantu rumah yang terdahulu membawa masuk lelaki ke rumah.
"Saya mengaku salah tak buang terus maid Filipina tu lepas incident bawak masuk lelaki yg lepas.
"Saya tidak menjangka dia sampai begini sekali. Mujur tiada kecederaan serius pada Baby Zeq.
"Kepada anda yang mempunyai pembantu yang bagus hargailah mereka sebaik mungkin," katanya.
Warganet meluahkan rasa geram ekoran kejadian itu dan meminta bekas pengacara Tanya Doktor itu membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang diambil.
"Apa masalah mereka, sudah diberi muka ini balasannya."
"Ya ALLAH sakitnya hati. Bahaya sungguh goncang begitu. Risau shaken baby syndrom atau tersedak jer."
"Tak sampai setahun ke hari tu berani buat lagi."
"Ya ALLAH mujur doktor tengok CCTV. Jadi perkara ini tidak berlarutan. Harap Baby Zeq selamat."
Sumber: Instagram