Kantoi bawa 2 lelaki masuk rumah, Dr Say bengang maid buat 'projek' anak diletak ditengah. 'Saya layan mereka seperti manusia tetapi...'

No Image Caption
A
A
A

PERSONALTI media sosial Dr Say Shazril melalui episod cemas apabila dua pembantu rumahnya membawa dua lelaki masuk ke rumah dan melakukan hubungan intim.

Lebih menakutkan, ketika itu bayinya ada bersama di dalam bilik berkenaan bersama dua lelaki berkenaan dan didakwa diletakkan di atas rocker (kerusi buai) di tengah-tengah antara dua katil pembantu berkenaan.

Dr Say atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin, 36, menzahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab dua pembantunya, apatah lagi ketika kejadian beliau dan isteri, Dr Azura Abas masih berada di rumah.

Kejadian pada 29 Julai itu hanya disedari selepas beliau melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan pada ruang tamu kediaman.

"Summary of what happened. Tak sangka perkara macam ini terjadi kepada saya dan keluarga. Saya bagi kelonggaran kepada maid dan ini yang saya dapat.

"Tidak tahu lagi bagaimana untuk melayan pembantu begini. Lesson learnt, moga kalian tidak senasib dengan saya. Syukur Alhamdullilah kami semua okay cuma saya memang emosi 'gila' dengan maid saya. Thank you so much again Polis Diraja Malaysia atas bantuan," kongsinya pada video.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menceritakan kronologi yang berlaku, bekas pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors itu berkongsi terdahulu menerima pertanyaan daripada jiran bahawa ada dua lelaki memasuki rumahnya.

"Saya sampai ke rumah pada jam 9.20 malam selepas keluar memotong rambut. Ketika hendak masuk ke rumah, saya nampak ada dua lelaki berdiri berhampiran rumah bertentangan dengan kediaman.

"Saya ingat mereka orang biasa-biasa sahaja kerana kawasan rumah saya memang ramai orang lalu-lalang.

"Pada 9.40 malam, isteri saya berangkat pergi kerja. Saya dan anak-anak sempat melambai 'babaikan' dia di hadapan rumah.

"Seorang lelaki datang mendekati memperkenalkan dirinya sebagai jiran hadapan rumah dan memberitahu ada dua orang lelaki telah masuk ke dalam rumah.

"Saya tidak mengenalinya dan hanya mengambil ringan apa yang diberitahu. Tambahan pula tidak logik memandangkan saya dan isteri ada di rumah ketika itu," katanya.

Namun apabila memikirkan tentang dua orang lelaki yang dilihatnya sebelum itu, beliau menjadi cuak dan mula bertanya lanjut kepada dua pembantunya dan ingin membuat laporan polis atas dasar keselamatan.

"Saya gertak maid saya dan hujungnya mereka jawab 'sudah pulang tuan.' Saya lega kerana tidak perlulah saya buat laporan polis namun apabila saya ceritakan kepada isteri tentang 'dah pulang', isteri kata bermaksud mereka pernah masuk dan berkemungkinan ada lagi.

"Jadi, saya buat keputusan untuk periksa CCTV dan apabila diperiksa playback pada jam 8.36 malam maid pertama bertindak meletakkan botol pada hadapan CCTV untuk menghalang pandangan.

"Pada 8.40 malam maid kedua pula pusing CCTV menghadap ke arah TV. Kemuncaknya pad ajam 9.25 malam ketika saya baru balik, malah ketika itu isteri ada di tingkat atas rumah, dua lelali itu dibawa masuk.

"Apabila dipercepatkan rakaman, saya tidak nampak kedua-dua lelaki berkenaan keluar. Ketika itu isteri saya sudah berada di tempat kerja. Dia panik dan minta saya selamatkan anak ketiga kami yang sedang tidur dengan pembantu," katanya.

Kata Dr Say, isterinya Dr Azura akan menjalani rutin on-call seminggu sekali. Setiap kali tiba waktu itu, beliau akan meminta pembantu-pembantu memantau si kecil sementara beliau menidurkan anak pertama dan keduanya.

"Pertama, saya fikir jika saya serbu bilik itu seorang diri saya outnumbered by 2 lelaki tadi yang berbadan agak besar berbanding saya. Kedua, saya takut anak saya yang sedang tidur atau dua yang anak lain akan diapa-apakan.

"Jadi saya hubungi 999 dan disambungkan kepada polis. Pada jam 11.10 malam saya telefon polis, 11.20 malam tiga peronda polis tiba di rumah. Saya ceritakan bahawa bayi saya ada bersama dengan pembantu di dalam bilik. Saya plan untuk call supaya salah maid hantar bayi ke atas dengan alasan ingin dipakaikan krim ekzema. Hanya selepas itu saya beri isyarat kepada polis untuk menyerbu bilik mereka.

"Namun kedua-dua mereka tidak mengangkat panggilan dan saya saya bersama polis bertindak menyerbu bilik berkenaan.

"Apabila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker di tengah-tengah antara dua katil maid. Nampak juga dua kelibat lelaki menyorok di sebalik selimut di atas katil.

No Image Caption

"Polis minta saya ambil bayi. Memandangkan dua lelaki tersebut masuk atas 'jemputan' dua pembantu serta bukan pecah masuk, polis tidak boleh menangkap dua lelaki berkenaan. Mereka meminta saya selesaikan sendiri dengan pembantu," katanya.

Kecewa dengan tindakan tidak bermoral dan membahayakan dua pembantunya, Dr say meluahkan rasa kecewa.

No Image Caption

"Saya layan mereka seperti manusia tetapi layanan binatang diberikan sebagai balasan kepada anak-anak.

"Mendedahkan anak-anak saya kepada orang tidak dikenali dan apa jadi jika anak saya menangis ketika berhubungan intim, mungkin anak saya dicederakan atau dibunuh anak saya itu," luahnya bimbang.

Buat masa ini, Dr Say berkata beliau akan memulangkan kedua-dua pembantunya itu kepada agensi masing-masing. Meluahkan rasa lega segalanya telah berakhir, beliau mahu ia menjadi iktibar.

"Trust no one dan jangan bagi muka kepada maid. Dulu saya pernah dapat maid yang hisap rokok dan kami belajar untuk beri muka. Nampaknya kena belajar untuk tidak beri muka lagi dan lagi selepas ini.

"Apabila ditanya kepada seorang pembantu yang belum diambil agensi, katanya malam itu kali pertama mereka membawa masuk lelaki ke rumah. Syukur Alhamdulillah, ALLAH tunjuk, walaupun kali pertama sudah kantoi.

"Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat dan terima kasih atas keprihatinan anda semua," katanya.

No Image Caption

Dr Say dalam pada itu berkongsi langkah keselamatan kediamannya dipertingkatkan dengan menambah jumlah CCTV pada bahagian belakang dan hadapan rumah manakala semua kunci dan ibu kunci digantikan dengan yang baharu.

Pun begitu, Dr Say memaklumkan anak keduanya, Sefriel mengalami trauma selepas kejadian itu.

Warga maya turut meluahkan rasa cemas tentang kejadian itu. Tidak kurang juga berkongsi pengalaman pernah mengalami kejadian yang sama.

No Image Caption

"Allahuakhbar. Tak pernah terlintas tentang perkara sebegini boleh terjadi. Terima kasih kerana beri kesedaran, so that kami akan lebih berhati-hati dan CCTV akan sentiasa dipantau. Nasib baik Dr Say ada neighbour yang prihatin."

"Allahuakbar. Takutnya. Tapi kalau pulang pada agensi mesti ada kemungkinan akan di cari majikan baru."

"Definitely not the 1st time. They were good on planning & tidak takut. But Alhamdulilah anak-anak dan doktor selamat."

"Jangan lupa tukar locks rumah depan belakang Dr Say."

"Betul Dr Say, saya pun pernah kena. Ditinggalkan anak masih kecil macam tu saja. Nasib baik yang besar tu ada sekali. Tak kenang dek untung. Mencuri satu hal, baju dan duit."

"Masya-ALLAh terkejut saya, seram sejuk tengok. Tak percaya the maid are so daring.. Moga doc and family sentiasa dalam lindungan ALLAH. Peringatan untuk kita semua untuk lebih berhati-hati."

Untuk rekod, Dr Say dan isterinya, Dr Azura memiliki tiga cahaya mata iaitu iaitu Aezriel, 5, Sefriel, 3, dan Zeqriel, tujuh bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang