Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. '60% lelaki Malaysia tidak subur'
PERIHAL anak yang menjadi salah satu punca perkahwinan poligami. Seperti kes yang tular akhir-akhir ini, seorang influencer mengumumkan telah bernikah sekali lagi.
Selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan dengan isteri pertama, anak dikatakan sebagai asbab lelaki itu bernikah lagi dengan isteri kedua.
Doktor selebriti dan influencer, Dr Say Shazril yang pernah menjadi sebahagian golongan try to conceive (TTC) menyuarakan pendapat poligami demi mendapatkan zuriat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Baca juga: 23 tahun berdepan tuduhan mandul, berkat sabar wanita dikurniakan baby pada usia 41 tahun
"Hari ini saya mewakili persatuan TTC, lelaki bermasalah kesuburan terpanggil dengan reply Abang Tesla yang terbaru.
"Tidak dapat zuriat terus poligami, alasan 'terpaling' selamat untuk poligami di Malaysia ini.
"Kalau hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah pakai alasan ini. Tetapi zaman sekarang dengan medical technologies yang padu, pilih jantina anak pun boleh (tetapi haram di sisi Islam).
"Setakat lima tahun kahwin tiada anak, itu kisah kecil. Kalau dengar kisah-kisah mereka yang TTC 11 tahun, 15 tahun, malah ada yang IVF sampai tiga, empat kali dan keguguran tetapi masih setia bersama.
"Tidakkah terfikir statement itu mengguris hati mereka?" titip Dr Say.
Dalam masa yang sama, Dr Say menyelar kaum lelaki yang terlalu yakin tentang tahap kesuburan sendiri.
Ujar Dr Say, tidak hanya kaum Hawa, suami yang TTC juga perlu melakukan pemeriksaan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Baca juga: Masalah kesuburan suami meningkat, turut babit lelaki umur kurang dari 30 tahun - LPPKN
Baca juga: Kahwin tanpa zuriat, wanita diam-diam pinang jiran untuk suami, nikah pada anniversary ke-10
"Berapa yakinkah yang mungkin kamu bukan penyebab isteri tak dapat anak?
"Tahu tak 60 peratus lelaki di Malaysia didapati tidak subur.
"Dulu aku tak subur, empat tahun setengah berkahwin tidak dikurniakan anak. Maka aku dan isteri membuat pemeriksaan.
"Wife aku normal, tiada cyst atau saluran tersumbat. Aku pula yang sperma abnormal berbentuk pelik. Aku ubah lifestyle dan Alhamdulillah dua bulan membuat perubahan, akhirnya isteri mengandung.
"Jadi how confident are you apabila berkahwin baru, isteri baru boleh hamil? Nanti lima tahun kahwin yang kedua, tiada zuriat akan berpoligami kali ketiga menggunakan alasan yang sama," ujarnya.
Baca juga: ‘Baby merdeka’, Mona Allen, Pekin sambut cahaya mata pertama 31 Ogos
Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak
Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berharap agar hantaran media sosial berkaitan poligami disebabkan zuriat perlu memikirkan perasaan pasangan TTC yang lain.
"Aku tak boleh brain kekolotan pemikiran lelaki Melayu yang berfikir apabila tidak dikurniakan anak, semua salah isteri.
"Fikirlah dahulu sebelum cakap, tulis atau post sesuatu," kongsi Dr Say.
Hantaran suami kepada Dr Azura Abas itu disokong warga maya terutamanya para pejuang garis dua. Ujar mereka:
- "Ramai lelaki di Malaysia menafikan masalah kesuburan mereka. Masyarakat kita, apabila pasangan berkahwin tiada anak, dituduhnya si isteri yang tak subur dan mandul."
- "Saya sembilan tahun kahwin tidak dikurnia zuriat. Lihat anak kawan timbul rasa sedih. Tapi saya yakin ALLAH Maha Adil. Bagi saya anak bukan jaminan kebahagiaan."
- "Bukan sebab tiada anak tetapi hendak kahwin satu lagi."
- "Saya sokong sebagai team TTC juga. Suami dan saya sama-sama merendah diri dan berusaha, tidak terdetik fikiran tentang berpoligami atau bercerai kerana tiada anak. Hanya pasangan TTC sahaja tahu dan fahami proses yang dilalui."
- "Setuju dengaan Dr Say. Masalah mendapatkan anak, bukan salah pihak isteri sahaja. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Hal anak ini rezeki daripada ALLAH."
Sebelum ini, Dr Say pernah mendedahkan beliau mengalami teratozoospermia iaitu sperma abnormal secara marfologi yang mana sejumlah kecil sahaja yang normal.
Data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tempoh 2010- 2019 menunjukkan kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatat keputusan abnormal.
Baca ni Dr Say Shazril umum isteri hamil anak ketiga, ramai titip doa buat baby & ibu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang