BUKAN sesuatu yang pelik seseorang itu meletakkan gambar kesayangan mereka di dalam dompet. Ia dianggap sebagai simbolik menyimpan gambar ahli keluarga yang kononnya ke mana sahaja kita pergi, itulah yang akan menemani kita bagi mengganti diri.
Turut melakukan perkara yang sama, pendakwah bebas, PU Riz menerusi laman Instagramnya baru-baru ini berkongsi foto dalam dompet kepunyaannya yang menyimpan gambar kedua-dua orang anak lelaki beliau.
"Dah masuk 2024 masih lagi simpan gambar dalam dompet? Pepatah ada menyebut 'old is gold' antara interpertasi yang boleh diambil adalah cara lama adalah cara yang unggul,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami kepada Neelofa ini turut menjelaskan bahawa memiliki anak juga bahagia dan tidak seperti yang difikirkan oleh sebelum ini.
"Kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi, sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta ALLAH yang dicari Dahulu. Setelah itu, kalau perasan banyak yang ALLAH suruh jaga kebiasaannya benar benar memberi kesan pada diri kita manusia. Contohnya jaga keluarga.
"Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin anak), tapi kalau difikirkan betul betul, bahagia sebenarnya ada anak,” jelasnya.
PU Riz kekal cara lama simpan gambar anak dalam dompet, 'tenang benar melihat wajah ini'
Iklan