Mengaku curang, Tom dedah bakal bercerai dengan Fuad Rahman? 'Sesiapa nak ambil tempat saya, silakan'

Iklan

PENYANYI Tom mencuri perhatian warga maya apabila mendakwa bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram, 39,  mendakwa kecurangannya sendiri dengan lelaki lain menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan penyanyi asal Singapura itu.

Iklan
Iklan

"Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.

Iklan

"Aku besar punya perempuan gatal, semua salah saya. Dah jangan cari aku lagi, aku nak pergi curang sana sini lagi.

"Sesiapa nak ambil tempat saya, silakan. Kitorang dah nak cerai, rugi tak adjust sebab suami saya tak bersalah dia baik," kongsinya.

Iklan

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang berantakan. Namun dakwaan itu dinafikan Tom dan Fuad dan mengatakan hubungan mereka masih baik.

Sekadar info, Tom dan Fuad, 46, berkahwin pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, pelantun lagu Redha dan  Lagu Untuk Kuala Lumpur itu pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perpisahan. 

Hasil perkahwinan terdahulu, Tom memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.