‘Eh, mengandung lagi? Uyaina Arshad dedah realiti ‘pejuang garis satu’, isu jarak anak rapat dipandang sinis

Iklan

PENGACARA dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi luahan jujur perjuangan wanita yang jarang diperkatakan iaitu ‘pejuang garis satu’.

Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina menyentuh tentang istilah yang sering didengar ramai iaitu pejuang garis dua iaitu mereka yang menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh harapan. 

Iklan
Iklan

Namun menurutnya, wujud juga satu lagi kelompok yang melalui debaran berbeza setiap bulan. Pejuang garis satu yang sering dipandang sinis melalui bulan demi bulan dengan debaran yang ramai tidak faham.

“Selalu kita dengar tentang pejuang garis dua, kan? Yang menanti dua garis dengan penuh harapan. Tapi jarang kita dengar tentang pejuang garis satu. 

Iklan

"Percayalah. Kami wujud, bukan menolak rezeki. Bukan juga tidak bersyukur. Tapi bagi sesetengah daripada kami, terutamanya yang merancang dengan penuh sedar atau secara manual, setiap bulan, ada debar yang lain macam. 

Iklan

"Tunggu tarikh, tunggu garis. Kalau lambat walaupun sehari jantung sudah mula laju tidak tentu arah," kongsinya.

Uyaina berkongsi realiti pejuang garis satu yang seboleh-bolehnya mahu menjarakkan kelahiran atas pelbagai faktor. 

Bukan sekadar faktor kesihatan dan keperluan, malah mereka juga terpaksa berdepan pandangan sinis segelintir masyarakat yang gemar mempersoalkan pilihan dan perancangan keluarga.

"Tuhan sahaja yang tahu perasaan apabila buat ujian dan muncul dua garis. Ada yang berjuang kerana anak-anak masih kecil, usia rapat-rapat dan masih menyusu. Perlukan perhatian sepenuh jiwa. 

"Luka mungkin kering, Tapi dalamnya belum benar-benar sembuh. Ada pula yang berjuang kerana kewangan. Ya, anak itu rezeki. Tapi anak juga amanah. Tanggungjawab. 

"Zaman sekarang, membesarkan anak bukan murah. Belum lagi perlu tebalkan muka  Menghadap suara-suara luar; “Eh, bukan baru bersalin?” “Mengandung lagi?""Memang tiap-tiap tahun bunting ke?” titip Uyaina.

Pun begitu, bekas pengacara Nona itu juga mendoakan wanita-wanita yang berjuang untuk hamil iaitu pejuang garis dua.

Ujarnya, dalam soal zuriat, setiap wanita melalui fasa dan ujian yang berbeza, justeru tutur kata harus dijaga agar tidak menggores perasaan sesiapa.

"Dalam kita mendoakan agar pejuang garis dua dikurniakan zuriat, jangan lupa, pejuang garis satu juga sedang berjuang. Berjuang dalam diam. Berjuang dengan doa yang berbeza. 

"Hakikatnya setiap orang ada perjuangan masing-masing dan kita tak pernah benar-benar tahu apa yang sedang mereka hadapi. 

"Cukup kita lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kamu yang mana? Pejuang garis satu atau garis dua?" kongsinya.

Perkongsian Uyaina menerima pelbagai reaksi terutama wanita yang senasib.

Masing-masing bersetuju pentingnya menjaga tutur kata dan menghormati pilihan serta situasi setiap pasangan.

"Agreed with your writing..saya juga pernah jadi Pejuang garis satu sampai kadang-kadang rasa berdosakah jika berharap begitu. Tak semua manusia faham hidup kita."

"Thank you Uyaina for your writing. Ya, betul walaupun anak baru seorang kena fikir segala faktor sebelum fikir nak bagi dia adik."

"Pejuang garis satu, my children deserve a happy mom."

Dalam hantaran yang sama, Uyaina berkongsi telah menggunakan alat perancang kehamilan dalam rahim (IUD).