PERNAH tak anak-anak atau diri sendiri tertanya-tanya, kenapa udang atau ketam apabila sudah masak bertukar ke warna oren. Pelik, kan?
Malah, kita pun dengan yakin menjadikan perubahan warna itu sebagai penanda aras bahawa makanan laut itu sudah masak.
Jangan risau, kekeliruan semua orang itu terjawab hari ini dengan jawapan daripada Dr Rizal yang sudi berkongsi ilmu dengan kita. Beliau yang sebelum itu turut tidak tahu jawapan akhirnya merungkai ‘misteri’ ini setelah mendapat persoalan yang sama daripada anaknya.
"Rupanya hidupan laut bercengkerang termasuk burung flamingo pink makan sejenis algae bernama Haematococcus pluvialis.
"Saya bagi tahu kat Akhyar. Nak bagi dia faham saya order dulu algae ni. Mujurlah masa tu duduk di Australia. Mudahlah sikit.
"Seronoklah dia dapat tengok, pegang dan main dengan algae ni,” tulis beliau.
Kenapa udang atau ketam bertukar warna oren selepas masak? Dr ini kongsi jawapan berserta khasiatnya!
Iklan